Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Liga Hoki Malaysia 2017 akan dipendekkan

Liga Hoki Malaysia akan dipendekkan kepada enam minggu sahaja bermula Januari depan. Ia dijadualkan bagi membantu persiapan pasukan hoki kebangsaan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Dunia di Trinidad & Tobago.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyatakan kejohanan tersebut akan melibatkan hanya lapan pasukan.

Keputusan ini bagi memberikan persiapan kepada skuad kebangsaan bagi persiapan cabaran di Trinidad & Tobago yang juga merupakan Kelayakan Piala Dunia 2018. Liga Hoki Malaysia, yang sepatutnya akan berlangsung dari 6 Januari hingga 26 Februari, akan menyebabkan skuad kebangsaan mempunyai tempoh kurang sebulan untuk membuat persiapan.
Malaysia perlu meraih sekurang-kurangnya kelompok tiga terbaik untuk layak ke separuh akhir Liga Dunia sama ada di London, England atau Johannesburg.

The Malaysian Hockey Tigers bergelut dengan jadual padat pada musim ini sebelum meraih tangga ketiga Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan, Pahang, minggu lalu.

Malah, beberapa pemain tidak mendapat rehat apabila diarah meneruskan cabaran Piala Sultan Johor yang sedang berlangsung.

Sumber :- Stadium ASTRO

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)