LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Liga Futsall Malaysia 2019 : Pahang Rangers gagal kekalkan rekod tanpa kalah

Liga Futsal Malaysia bertambah rancak apabila pasukan Pahang Rangers yang mendahului saingan tumpas buat kali pertama pada pasukan Perak sebentar tadi.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Indera Mulia itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermain cukup hebat. Tujuh jaringan yang terhasil pada separuh masa pertama membuktikan betapa kedua-dua pasukan gigih menyerang bagi mendapatkan kemenangan.

Meskipun pasukan Pahang yang dibarisi ramai pemain kebangsaan melancarkan serangan dan menguasai perlawanan tetapi Perak berjaya menggunakan peluang sebaiknya.
Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan tuan rumah dengan keputusan 6-5. Ridzwan Bakri menjadi wira apabila menghasilkan hatrick pada minit 1, 10 dan 39.

Keputusan Penuh Perak menentang Pahang
Perak vs Pahang 6-5

Perak (Ridzwan Bakri 1′ 10′ 39′ Awalluddin Mat Nawi 15′ Zamiruddin Jalaludin 18′ Firdaus Zulkefli 33′)
Pahang (Azwann Ismail 1′ 31′ Abu Haniffa 4′ 15′ Saiful Nizam Ali 23′)

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)