post

Liga Futsal Kebangsaan 2017

Liga Futsal Kebangsaan akan bermula kembali selepas saingan pada tahun 2016 ditangguhkan. Dalam saingan tahun 2017 ini sebanyak 10 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita akan mewarnai Liga Futsal Kebangsaan 2017.

Perlawanan akan diadakan secara liga dua pusingan dimana dalam kategori lelaki, setiap pasukan akan bermain sebanyak 18 kali (kategori lelaki) dan 12 untuk kategori wanita. Liga yang akan bermula pada 11 Februari 2017 ini akan berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim dan dijangka tamat pada bulan Mei ini.

Sudah pasti dengan wujudnya Liga Futsal Kebangsaan akan memberikan ruang dan peluang kepada jurulatih untuk mencari pemain-pemain yang mampu mengalas cabaran skuad futsal Malaysia.

Berikut merupakan pasukan yang bakal bertanding dalam Liga Futsal Kebangsaan :-

Lelaki

  • KL Felda United
  • Terengganu T-Team
  • Kuala Lumpur
  • Melaka
  • Perak
  • Pahang
  • Sabah
  • KL Petaling Putra FC
  • MBPP
  • KL City FC

Wanita

  • KL Felda United
  • Sabah
  • PDRM
  • Perak
  • Kuala Lumpur
  • ATM
  • Sarawak

JADUAL LIGA FUTSAL KEBANGSAAN 2017

PUSINGAN 1: 
11 & 12 FEBRUARI 2017 (LELAKI & WANITA)
PUSINGAN 2:
18 & 19 FEBRUARI 2017 (LELAKI & WANITA)
PUSINGAN 3: 
25 & 26 FEBRUARI 2017 (LELAKI)
PUSINGAN 4:
11 & 12 MAC 2017 (LELAKI & WANITA)
PUSINGAN 5: 
18 & 19 MAC 2017 (LELAKI & WANITA)
PUSINGAN 6:
8 & 9 APRIL 2017 (LELAKI)
PUSINGAN 7: 
15 & 16 APRIL 2017 (LELAKI & WANITA)
PUSINGAN 8:
29 & 30 APRIL 2017 (LELAKI & WANITA)
PUSINGAN 9:
6 & 7 MEI 2017 (LELAKI & WANITA)

Sumber :- ArenaFutsal

Semoga pertandingan ini akan menarik perhatian para peminat futsal di luar sana.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.