LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Liga Bolasepak Rakyat : Adakah ianya mampu menjana pemain berkualiti

Beberapa hari lalu Perdana Menteri Malaysia melancarkan program Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) di Pekan, Pahang. Program untuk mencungkil bakat baru bolasepak agar dapat diketengahkan ke peringkat tertinggi sekaligus menjadi pelapis skuad negara pada masa akan datang.
Program yang diilhamkan oleh KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahamad Shah selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini telah dibentang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM di dalam mesyuarat pada 9 Oktober 2014 yang lalu.

najib
majlis pelancaran Liga Bolasepak Rakyat

Program ini turut berperanan sebagai penggerak bagi memperkasakan asas piramid kedua, konsep baru yang disarankan oleh FIFA.
Program berbentuk pertandingan ini akan melibatkan seluruh pasukan daerah yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Negeri dalam Malaysia dan dijangka akan berlangsung selama 6 bulan bagi musim pertama.

liga-bolasepak-rakyat
Sidang Media Taklimat Liga Bolasepak Rakyat

Liga ini memberi peluang terutama pada pasukan amatur untuk menonjolkan bakat mereka. Bagi para pemain, kejohanan ini juga akan membuka peluang mereka untuk beraksi di peringkat tertinggi. Sebanyak 111 pasukan dari seluruh negara akan beraksi mengikut zon masing-masing iaitu Utara, Selatan, Barat, Tengah I dan 2, Timur, Borneo 1 dan 2 membabitkan 520 perlawanan secara timbal balik.
Pasukan yang berjaya ke separuh akhir akan menerima peruntukan RM25,000 manakala juara dan naib juara masing-masing akan menambah koleksi wang sebanyak RM100,000 dan RM75,000.

Rujukan :- DuniaSukan
HMetro

Satu lagi kejohanan yang diperkenalkan oleh badan sukan dengan bantuan kerajaan. Adakah benar ia mampu menghasilkan pemain berkualiti? Secara peribadi, saya tidak nampak sejauh mana keberkesanan Liga ini. Tapi kita kena beri peluang pada kejohanan bertaraf Amatur ini. Cuma yang pentingnya adalah kesinambungan yang boleh dilakukan. Jangan hanya sekerat jalan sahaja dan akhirnya timbul tenggelam je Liga ini. Bukan satu atau dua program sebegini dihasilkan namun semuanya tidak mempunyai visi dan hanya sekadar mencari keuntungan jangka pendek sahaja. Sebagai contoh, dulu ada program MyTeam namun tersekat di tengah jalan. Ada juga program menghantar pemain muda menjalani latihan di luar negara sedikit masa dahulu namun semuanya terkandas di tengah jalan.

Pasukan My Team yang dihasilkan dari siri realiti televisyen satu masa dulu
Pasukan My Team yang dihasilkan dari siri realiti televisyen satu masa dulu

Kita banyak lihat program yang dihasilkan oleh FAM dan kerajaan yang kebanyakan separuh jalan sahaja. Seeloknya pembangunan sukan perlu dibahagikan kepada negeri-negeri seperti yang pernah dikatakan oleh Tengku Mahkota Johor. Selain pasukan negeri, pasukan berstatus kelab juga perlu mempunyai program pembangunan sendiri. Kita boleh lihat kemajuan bolasepak di Eropah yang bersandarkan kepada pasukan Akademi kelab-kelab yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan.
Mereka menggunakan hasil yang ada untuk membangunkan kelab-kelab bolasepak serta menghasilkan pemain berkualiti.

Mengenai pembangunan bolasepak, rasanya program sediada perlu diteruskan. Program NFDP perlu diperkemaskan dan tidak boleh berpuas hati dengan keadaan sekarang. Buat sasaran bagi pemain-pemain tersebut untuk matang dengan baik sebelum umur mencecah 20 tahun. Ketika itu diharapkan ada pemain-pemain dari program tersebut yang mampu bermain di luar negara.
Selain itu program swastea seperti Frenz United juga perlu diberikan sokongan. Ini kerana melalui program pembangunan swasta, ia mampu memberikan cabaran dan melahirkan banyak produk bagi mengisi slot pemain bolasepak kebangsaan di masa akan datang.

Bagi program, Liga Bola Sepak Rakyat ini diharap akan muncul nama-nama yang akan menyinar di kemudian hari selepas bakat mereka di temui dalam program ini.  Pemain-pemain dari Borneo juga perlu dicungkil kerana kebanyakannya terlepas pandang oleh pihak berkaitan. Mungkin program ini membuka ruang yang lebih besar untuk pemain dari Sabah dan Sarawak. Apapun Semoga program ini berjaya mencapai matlamatnya.

| Follow facebook Liga Bola Sepak Rakyat. |

Rasanya lepas ni bolehlah buat Liga Kampung pula ye.. Barulah dapat mencari pemain sampai ke ceruk kampung..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)