Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Pagi tadi terdengar isu tentang ‘ lelaki tak minat sukan bolasepak‘ dalam radio Era jadi rasa terpanggil untuk mencuba menulis tentang isu ini. Okay, seperti yang sedia maklum, bolasepak merupakan sukan paling popular di dunia dan mempunyai ramai pengikut di luar sana. Kalau ikutkan, sukan ini amat diminati oleh orang lelaki. Namun tidak semuanya minat dengan sukan bolasepak ini. Masih ramai diluar sana yang tidak meminati sukan no 1 ni. Kenapa agaknya? Berikut mungkin beberapa alasan kenapa terdapat lelaki yang tidak suka dengan sukan bolasepak ini..

image hosting
1. Bagi lelaki yang mempunyai sifat kelembutan dalam diri mungkin perlawanan ini terlalu ganas bagi mereka. Jadi memang mereka tak dapat menjiwai sifat kekasaran dalam permainan ini…
2. Mungkin mereka tidak ambil tahu hal sukan dan lebih menumpukan tentang hal-hal kehidupan masing-masing. Mungkin mereka telalu fokus dalam bidang yang diceburi sampai takde masa nak melayan hal-hal sukan apatahlagi pasal bolasepak.
3. Tak mustahil juga ada yang tak minat bolasepak sebab ada sejarah lampau yang buruk mengenai bolasepak. Sebagai contoh, mungkin ada yang kalah judi sebab bolasepak hingga jadi papa kedana. Atau mungkin juga sebab bolasepak beliau menjadi cacat sebab tendang bola tapi tak kena masa Pendidikan Jasmani dulu.
4. Ada juga yang tak suka bolasepak kerana katanya sukan ini membosankan sebab kena kejar sebiji bola ramai-ramai. Mungkin bagi mereka kaedah ini tak sesuai dengan mereka. Mungkin mereka lebih sesuai main guli yang boleh dapat bola banyak-banyak kot.
5. Sebab kaki bangku. Ada juga yang tak minat sukan bolasepak ni sebab tak pandai main. Asyik kena buli je, terus jadi kebencian. ( Si Zool pun tak berapa pandai main bolasepak ni tapi minat mungkin lebih dari orang yang pandai main tu. Tak salahkan?)
6. Tak pernah kenal dengan sukan bolasepak. Kalau lelaki yang berada di negara-negara ceruk dan jauh dari umum mungkin tidak mengetahui tentang sukan bolasepak ini. Jadi tak pelik kalau tak minat. Dah tak pernah tengok, memanglah tak minatkan?
7. Sebab awek tak minat bolasepak dan terpaksa ikut kehendaknya. Eh, ada ke lelaki yang mengalami situasi ni ek??
Okay cukuplah setakat ini. Sebenarnya tak jadi masalah pun kalau ada lelaki yang tak meminati langsung tentang bolasepak. Setiap orang ada pilihan sendiri. Ada yang minat dan tidak. Cuma dengan meminati sukan bolasepak ini membantu anda bila berborak di kedai kopi. Tak gitu?
Seperti biasa, entri ini sekadar hiburan. Janganlah ambil serius tentang apa yang ditulis dalam entri kali ini. Minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa dengan entri ni ye..
Sekian.


[...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]
sebab no 7 adalah paling kesian hahahaha
Reply
zool
Reply:
May 5th, 2012 at 18:27
Kesian kan..
Reply
Aku antara golongan yang tak minat bola. Lagi minat tengok sukan yang fast-pace macam sepak takraw ke, bola tampar ke. Jenis yang bola takleh jatuh ke tanah.
Reply
maybe pengaruh sekeliling. anak kawe pon tak minat bola sbb kawan2 dia di skul pon (PKI) tak main bola.
Reply
kalau pasal awek tu, bukan tak minat, bro
tak gi stadium je tu
tapi masih layan youtube tengok jaringan gol
hehe
Reply
zool
Reply:
May 5th, 2012 at 18:27
ni cuma pendapat je.. hehehehe. tak semestinya betul
Reply
aku antara salah sorang lelaki yang tak minat nak menonton bola sepak. hahaha tapi aku suke main futsal.
tak minat menonton tak semestinya tak pandai main. kalau setakat menonton.. feel kurang dirasai berbanding duduk atas padang. masa tu, keputusan atas tangan kita. macam mane nak berpasukan…
kalau stakat tengok je.. tau memekak kat luar padang. cer main tengok.. lidah terjelir sampai pusat baru nak tau. hahaha
Reply
zool
Reply:
May 5th, 2012 at 18:25
huhuhuhu.. rilek bro. ni sekadar entri suka suki je.
den pun tak pandai main tapi minat..
tak salah kan??
Reply
..saya juga tidak minat bola sepak, bukan sebab kaki bangku dan bukan sebab selalu kena buli mahupun kerana kelembutan hati, tapi sebab saya banyak menumpu pada sukan renang. Pagi berenang, petang juga berenang. Main bola sekadar waktu terluang saja. Tapi kalau dah geram turun juga ke futsal.
Reply
zool
Reply:
May 5th, 2012 at 18:26
Wah.. lama tak nama bro datang sini..
Tak kisah lah pun kenapa tak minat.
ni saja je buat entri kasi panas sikit..
kalau entri biasa mesti tak singgah kan.. heue
Reply
satu perkataan jer lelaki yg tidak meminati sukan bola sepak ni…PONDAN @JIWA LEMBUT….kalau minat bola tu kira jantan la….blahla semua commentators yang kaki bangku ni……JIWA LEMBUT!!!puii!!
Reply