Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Zii Jia berjaya merangkul gelaran Seluruh England 2021

Nampaknya selepas bermula agak buruk pada tahun ini, pemain perseorangan pertama negara berjaya menjuarai kejohanan berprestij pertamanya.
Kejohanan Seluruh England 2021 menjadi kejuaraan pertamanya tahun ini dalam menuju ke persaingan ke Sukan Olimpik.
Selepas berjaya menumpaskan pemain nombor satu dunia Kento Momota di suku akhir, Lee Zii Jia berjaya menumpaskan seorang lagi pemain pilihan iaitu Victor Axelsen pada perlawanan akhir.
Perlawanan yang cukup hebat menyaksikan pemain negara ini diheret hingga ke set ketiga untuk memenangi perlawanan yang cukup memenatkan ini.
Dalam perlawanan akhir tersebut Lee Zii Jia menang menumpaskan Victor Axelsen dengan keputusan 30-29,20-22,21-9.

Inilah yang kita nantikan dari Lee Zii Jia untuk membuktikan beliau sudah bersedia menggalas tanggungjawab selaku pemain utama negara.
Penantian menunggu juara Seluruh England selepas Datuk Lee Chong Wei akhirnya tercapai juga..
Tahniah Ligakampung ucapkan atas kejayaan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)