Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong Wei tumbang di Terbuka Korea 2014

Nampaknya kemampuan Datuk Lee Chong Wei untuk menguasai persada badminton semakin luntur. Dalam usia 31 tahun beberapa pemain muda luar negara semakin menghampiri untuk mengambil tempat Lee Chong Wei. Pada perlawanan perseorangan akhir badminton Terbuka Korea 2014, Datuk Lee Chong Wei bertemu dengan pemain no 2 dunia, Chen Long dimana keputusan tidak memihak pemain negara ini apabila tumpas ‘straight set’ 21-14, 21-15 dalam tempoh 56 minit.
Lee Chong Wei Super Series Finals
Impian beliau untuk meneruskan kejuaraan keempat tidak menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun dalam umur tersebut, kemampuan beliau pergi ke akhir merupakan sesuatu yang dibanggakan. Cuma sepatutnya pada ketika ini telah ada pelapis lain yang boleh mengalas tugas sebagai seorang lagi pemain badminton bertaraf 10 terbaik dunia. Dalam temuramah pada perlawanan sebelum ini, Chong Wei sendiri menunjukkan petanda bahawa beliau kecewa dengan prestasi pemain pelapis.

Beliau juga menyatakan bahawa dengan banyak kejohanan badminton berkumpulan seperti Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun ini, sepatutnya pemain pelapis perlu maju ke hadapan. Ini kerana beliau tidak mampu berterusan untuk menjadi satu-satunya harapan negara dalam sukan badminton.

Sumber :- New Straits Times
The Star

Sememangnya perkara ini sudah lama diperkatakan. Sepatutnya pihak berkaitan terutama BAM perlu mencari jalan terbaik untuk memastikan pemain pelapis maju ke hadapan terutama pemain yang berumur dalam lingkungan 23-25 tahun kerana pada tahap itulah prestasi mereka dapat dinilai. Sekiranya masih statik selepas umur 25 tahun rasanya elok dikeluarkan sahaja. Biar kelab professional mengambil alih tugas itu manakala BAM pula perlu mengambil tugas bagi pemain yang berpotensi. Tak gitu?
Ini sekadar pandangan peribadi sahaja. Mungkin pihak yang bertugas lebih mengetahui cara terbaik untuk memastikan sukan badminton kembali gah di arena antarabangsa terutama apabila sampai saatnya Datuk Lee Chong Wei menggantung raket nanti.

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Lee Chong Wei tumbang di Terbuka Korea 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)