post

Lee Chong Wei sah positif dadah terlarang

Mungkin ramai peminat yang mengetahui tentang isu pemain badminton nombor satu dunia yang tidak lepas dalam ujian doping ketika Kejuaraan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos yang lalu. Beliau yang menjadi naib johan dalam kejohanan tersebut selepas tumpas ditangan Chen Long di perlawanan akhir disahkan positif mengambil bahan terlarang, Dexamethasone‘.
Isu doping ini mengejutkan peminat badminton negara memandangkan jaguh badminton negara ini. Dan ujian kedua iaitu sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway menunjukkan keputusan yang sama. Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria, keputusan ujian mengesahkan kehadiran bahan dexamethasone dalam sampel tersebut. Bahan itu menurut Norza bukanlah sejenis bahan untuk meningkatkan prestasi seorang atlet.

Lee Chong Wei

Pasti ia bukan satu tugas mudah yang perlu dihadapi. Beliau dalam kenyataan dalam ASTRO Arena menyatakan bahawa beliau tertekan dengan isu ini dan akan meminta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz bagi mencari punca bahan terlarang itu terdapat dalam sampel tersebut.
Nampaknya keputusan sampel B tidak memihak dan ada kemungkinan pemain badminton utama negara ini akan digantung sekurang-kurangnya 2 tahun. Adakah ini petanda penamat karier bagi beliau dan dalam masa yang sama impian untuk mendapatkan emas Sukan Olimpik Rio 2016 akan berkubur? Kita tunggu dan lihat kerana beliau akan membuat rayuan pada pada Persatuan Badminton Dunia dalam masa terdekat nanti.Mungkin mengharap keajaiban berlaku dalam kes ini namun seperti terlalu sukar

Mungkin ia perlu menjadi pengajaran kepada pihak berkaitan terutama dari mereka yang mengawal bahagian pengambilan ubat-ubatan oleh atlet negara. Ini kerana atlet mungkin tidak mengenali tentang ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang dan ini tidak adil bagi mereka.

p/s : Kepada pembaca semua, janganlah samakan beliau dengan penagih dadah pula.. Ia adalah amat berbeza.

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Lee Chong Wei sah positif dadah terlarang

  1. Harap rayuan Datuk Lee Chong Wei dipertimbangkan oleh Persatuan Badminton Dunia…. Supaya beliau dapat beraksi buat kali yang terakgir di Sukan Olympik 2016…

  2. Itulah kesian jugak tengok Datuk LCW. Mungkin tanda awal untuk dia berehat, Malaysia kena cari pengganti dah ni. Sampai bil anak harapkan dia lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.