LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong Wei , Pandalela dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Setiap tahun, para penggiat sukan akan menobatkan atlit negara untuk anugerah Olahragawan dan Olahragawai Kebangsaan bagi pencapaian atlit tersebut. Untuk tahun 2011, seperti dijangka pemain badminton negara yang juga pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak kecemerlangan apabila mengondol anugerah tersebut buat kali ketiga sejak tahun 2005 dan 2008.
Bagi Olahragawati Kebangsaan, ratu terjun negara Pandelela Rinong berjaya mengejutkan ratu skuasy negara, Nicol David. Kedua-dua atlit ini menerima hadiah trofi dan wang tunai RM20,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Para calon :
Olahragawan

1. Andrian Ang (boling)
2. Bryan Nickson Lomas (terjun)
3. Sazali Samad (bina badan)
4. Leong Tze Wai (karate)
5. Lee Chong Wei (badminton) – pemenang

Image Hosting

Olahragawati

1. Nicol David (skuasy)
2. Pandelela Rinong (terjun) – pemenang

Image Hosting
3. Nur Suryani Muhamed Taibi (menembak)
4. Fatehah Mustapha (basikal)
5. Chai Fong Ying (wusyu)
6. Jacqueline Jenelee Sijore (boling)

Sumber :- SinarHarian
Satu pencapaian diluar jangkaan bagi Olahragawati Kebangsaan. Namun pasti ada indikator tertentu yang dibuat oleh juri bagi memberi markah tertinggi kepada Pandelela Rinong. Tahniah kepada kedua atlet tersebut.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)