LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong Wei menang Juara Seluruh England 2014

Mungkin sedikit terlewat menulis artikel mengenai kejayaan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi kejuaraan badminton All England 2014. Pemain badminton lagenda dari Malaysia ini berjaya membenam musuh tradisi dari China, Chen Long pada perlawanan akhir di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England.
Kemenangan kejohanan berprestij ini mengambil masa selama 59 minit dimana beliau berjaya melakar kemenangan straight set 21-13 dan 21-18. Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada beliau untuk merealisasikan harapan mencapai beberapa kejohanan yang belum beliau miliki seperti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia pada tahun ini.
badminton-leechongwei
Walaupun umurnya telah mencecah 32 tahun namun beliau masih mampu menumbangkan Chen Long yang hanya berusia 25 tahun itu dengan tenang dan bijak mempelbagaikan cara permainan untuk memerangkap salah seorang pemain yang mampu menumbangkan beliau.

Malahan cabaran yang dihadapi beliau dalam kejohanan ini juga agak getir apabila hampir ditumbangkan pada separuh akhir di atas pemain bukan pilihan dari Korea dengan keputusan 14-21, 21-19 dan 21-15. Namun beliau bangkit dan seterusnya membuktikan kebolehan beliau untuk menjuarai kejohanan ini. Sememangnya ia merupakan pencapaian yang hebat namun perlu juga ada pelapis bagi meneruskan kesinambungan legasi beliau.
Setakat ini memang tidak nampak pemain badminton samada dalam sebarang acara sekalipun untuk menjadi calon juara. Semoga akan ada pembaharuan dari agensi berkaitan terutama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melahirkan jagoan di peringkat dunia sekaligus mengembalikan sengat sukan badminton di arena antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Lee Chong Wei menang Juara Seluruh England 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)