LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong Wei ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong 2015

Pemain no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak kecemerlangan. Selepas berjaya memenangi Terbuka China 2015 pada minggu lalu, nampaknya bekas pemain badminton no 1 dunia ini sedang mengejar gelaran terbaharu iaitu Terbuka Hong Kong 2015.
Selepas menundukkan jagoan China, Lee Chong Wei menewaskan pemain tuan rumah yang meningkat naik, Ng Ka Long Angus pada perlawanan separuh akhir. Ng Ka Long Angus yang berjaya menumbangkan Lin Dan pada pusingan kedua mempamerkan aksi mantap sehingga hampir memenangi set pertama.

chong-wei-gugur-dibabak-kualifikasi-korea-terbuka-171341-1
Mujur Lee Chong Wei menggunakan sepenuh pengalaman untuk menundukkan pemain tuan rumah itu dengan keputusan 21-19, 21-14 dalam masa 46 minit. Satu pertarungan yang cukup menarik dengan aksi mengejutkan terutama dari Ng Ka Long Angus. Beliau yang beraksi bukan sebagai pemain pilihan berjaya membuktikan kemampuan beliau. Hanya kekurangan pengalaman menyebabkan beliau kandas di separuh akhir.

Namun tidak mustahil pada beberapa tahun akan datang beliau akan menjadi antara pemain terbaik dunia. Ini kerana dalam usianya baru 21 tahun namun mampu menumbangkan beberapa pemain pilihan menunjukkan persediaan yagn baik dari beliau.

Selain Lee Chong Wei, tiada wakil dari Malaysia untuk mengiringi aksi beliau pada perlawana akhir kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2015.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Lee Chong Wei ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)