Lee Chong Wei juara Super Siri Terbuka Hong Kong 2017

Akhirnya Datuk Lee Chong Wei mencapai gelaran juara selepas menunggu sekian lama pada tahun ini. Dalam perlawanan akhir Terbuka Hong Kong 2017 yang telah tamat petang tadi, Lee Chong Wei berhadapan dengan musuh tradisi yang menumpaskan beliau di kejohanan utama seperti Kejohanan Dunia 2015 dan Olimpik 2016, Chen Long.

Chong Wei dan Chen Long menerima hadiah kemenangan

Jaguh dari China itu yang menjadi penghalang terbesar Chong Wei untuk mengapai kejuaraan Terbuka Hong Kong kali kelima tumpas ke atas pemain lagenda Malaysia ini. Chong Wei yang merupakan bekas pemain no 1 dunia itu berjaya mengatasi Chen Long dengan keputusan 21-14, 21-19 dalam tempoh 47 minit.
Chong Wei yang juga digelar Raja Super Series berjaya menambah koleksi kejuaraan menjadikan jumlah yang terkumpul adalah 46 kejuaraan Super Series.
Dalam perlawanan tadi, krew Ligakampung sempat menonton live di ASTRO Supersport dan ianya memang merupakan pertarungan yang sengit. Kedua-dua pemain masih mempunyai skill yang cukup tinggi dan adakalanya hantaran balas mereka memang menakjubkan.
Dalam set kedua Lee Chong Wei ketinggalan namun berusaha mengejar dan berjaya mendapatkan mata kemenangan. Tahniah kepada beliau yang akhirnya sedikit sebanyak mampu menutup mulut pengkritik.
Adakah kecemerlangan ini mampu diteruskan sehingga ke tahun hadapan? Kami tidak dapat meramalkan itu namun sedikit sukar dengan usianya yang semakin meningkat. Walaupun skill masih ada tapi kepantasan sudah sedikit berkurangan serta stamina mungkin menjadi penghalang.

Keputusan Penuh Terbuka Hong Kong 2017

Beregu Campuran
Zheng S.W/Huang Y.Q (China) vs Christiansen/Pederson(Denmark) 21-15, 21-13

Beregu Lelaki
Gideon/Sukamuljo (Indonesia) vs Conrad- Peterson/Kolding (Denmark) 21-12,21-18

Perseorangan Wanita
Tai Tzu Ying(Taiwan) vs Pusarla V.Sindhu (India) 21-18, 21-18

tai tzu ying pv sindhu
Pertarungan antara Tai Tzu Ying dan PV Sindhu yang berlangsung sengit

Beregu Wanita
Chen Q.C/Jia Y.F (China)vs Polii/Rahayu(Indonesia) 14-21, 21-16,21-15

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (Malaysia) vs Chen Long (China) 21-14, 21-19

Video Youtube Aksi Chong Wei vs Chen Long

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

4 thoughts on “Lee Chong Wei juara Super Siri Terbuka Hong Kong 2017

Leave a Reply