post

Lee Chong Wei juara Badminton Asia 2016

Nampaknya aura pemain perseorangan no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei semakin tajam ketika menghampiri ke Kejohanan Olimpik 2016 ini.
Selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia 2016, kini satu lagi kejuaraan berada dalam gengaman beliau. Lee Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan ketiga pada kejohanan Badminton Asia 2016 ini berjaya menjulang kejuaraan untuk kali kedua dalam kariernya.
lee-chong-wei-abc

Walaupun sedikit menurun pada kejohanan Terbuka India dan All England pada tahun ini nampaknya beliau masih menunjukkan kesungguhan dan tidak patah semangat. Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia 2016 yang berlangsung di Wuhan, China itu, Lee Chong Wei bertemu seteru utama, Chen Long di peringkat akhir.
Selepas beraksi 3 set pada separuh akhir menentang jagoan Lin Dan, perlawanan akhir memberikan satu semangat kepada beliau. Pemain berusia 34 tahun itu menumbangkan pemain no 1 dunia yang juga pemain tempatan dari China iaitu Chen Long dengan keputusan 21-17, 15-21, 21-13.

Perlawanan yang berlangsung kira-kira 1 jam 22 minit itu menyaksikan kebangkitan ketara bekas pemain no 1 dunia itu terutama pada set terakhir untuk menang selepas kali terakhir menjuarai kejohanan ini pada tahun 2006.
Lee Chong Wei membawa pulang US$15,000 (RM58,700) manakala Chen Long US$7,600(RM29,700).

Selepas ini pemain utama negara ini akan meneruskan untuk fokus bagi mengapai pingat emas Olimpik di Rio pada Ogos. Pada bulan Mei ini, beliau bersama pemain-pemain Malaysia akan bersiap sedia untuk kejohanan Piala Thomas yang akan berlangsung di China pada 15-22 Mei ini dan akan bertarung pada Kejohanan Terbuka Indonesia dan Terbuka Australia sebelum Ke Rio.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Lee Chong Wei juara Badminton Asia 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.