LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong Wei buat syarikat perniagaan pembinaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mungkin agak terlewat mengetahui tentang berita ni. Biasa kalau atlit menceburi bidang perniagaan, mungkin ianya banyak berkaitan dengan sukan yang diceburi tapi Datuk Lee Chong Wei mempertaruhkan perniagaan syarikat pembinaan untuk masa hadapan beliau. Syarikat yang dinamakan Chong Wei Binajaya mula diperkatakan setelah terdapat papan iklan bernama ‘Chong Wei Binajaya ‘ ketika pusingan kelayakan Piala Thomas/Uber di Macau pada bulan lepas.
Menurut Chong Wei, syarikat beliau kini sedang melaksanakan projek pembangunan di Ampang. Mengenai papan iklan di kejohanan tersebut beliau memaklumkan bahawa pihak persatuan Badminton Macau telah cuba mendapatkan penajaan dan Datuk Lee Chong Wei mengambil kesempatan untuk memperkenalkan syarikat pembinaan tersebut dimata umum. Walaupun telah bergelar ahli perniagaan namun fokus utama untuk memenangi emas Olimpik merupakan keutamaan beliau.

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us
Papan iklan syarikat Pembinaan Chong Wei Binajaya ketika kejohanan kelayakan Piala Thomas/Uber di Macau.

Sumber :- Malaysian Sports

Satu perkembangan positif dari pemain badminton no 1 negara. Kalau nak diikutkan pendapatan beliau dari bermain badminton dan penajaan pun pasti sudah mencecah jutaan ringgit namun untuk masa hadapan beliau menceburi bidang perniagaan pembinaan. Pastinya ia menjanjikan pulangan yang lumayan seandainya berjaya. Semoga ia menjadi contoh dan inspirasi kepada remaja di luar sana untuk menceburi bidang sukan yang mempunyai prospek cerah di masa hadapan.

Sekian..

p/s :- Sesiapa kat Ampang tu bolehlah tengok projek yang dibangunkan oleh syarikat Datuk Lee Chong Wei tu.. Mesti ada banyak gelanggang badminton nanti. Huhuhuhu

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)