LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong Wei bakal umumkan persaraan hari ini

Jika anda membaca artikel ini selepas 12.30 tengahari mungkin anda telah mengetahui keputusan sebenarnya tetapi ketika artikel ini ditaip desas desus tentang persaraan Lee Chong Wei telah tersebar luas.
Bukan hanya di media sosial malahan media cetak juga telah menyatakan khabar angin tersebut seakan benar. Seperti yang dinyatakan dalam Utusan Online, pemain badminton Malaysia yang berjaya menduduki ranking nombor satu dunia dalam tempoh paling panjang itu bakal menjawab persoalan mengenai persaraannya.
Mengikut maklumat yang telah diumumkan, satu sidang media khas di Menara KBS , Putrajaya akan berlangsung pada 12.30 tengah hari ini. Dijangkakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria akan berada dalam sidang media tersebut.

Sidang media ini diadakan bagi memberikan ruang kepada Chong Wei membuat pengumuman berhubung masa depan kerjayanya susulan kanser hidung yang dihidapnya sebelum ini.Pemenang pingat perak di tiga temasya Sukan Olimpik ini tidak menjalani latihan sejak April lalu selepas menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.

Ligakampung.com mengucapkan selamat maju jaya kepada Lee Chong Wei. Mungkin selepas ini beliau boleh menggunakan segala pengalaman beliau untuk membantu mencari legasinya. Ini penting memandangkan tiada pelapis berkaliber yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau selepas berehat panjang.
Pemain seperti Lee Zii Jia , Soong Joo Ven dan Cheam Jun Wei masih terkebelakang berbanding pemain negara lain yang semakin meningkat naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.