LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong menjuarai Kejohanan Terbuka Perancis

Pemain badminton no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya memenangi gelaran pertama pada tahun ini. Bekas pemain no 1 dunia yang kini menduduki ranking ke 19 berjaya menumpaskan pemain dari Taiwan, Chou Tien-Chen di perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis 2015 di Stadium Pierre de Coubertin, Perancis.

Dalam kejohanan ini, Lee Chong Wei memulakan aksi menentang Leverdez Brice dari Perancis dengan keputusan yang sedikit mengejutkan apabila Lee Chong Wei menang mudah 21-7, 21-15. Namun pada pusingan kedua, Lee Chong Wei ditentang sengit oleh Victor Axelsen dengan keputusan 12-21,21-17,21-14.
Pada peringkat separuh akhir, Lee Chong Wei mudah menumpaskan pemain Jepun Sho Sasaki dengan keputusan 21-9, 21-12. Pada perlawanan separuh akhir, Lee Chong Wei bertemu pemain China Wang Zhenming dan berjaya menang dengan keputusan 21-7, 21-13 sebelum akhirnya bertemu pemain Taiwan, Chou Tien Chen di perlawanan akhir.
Lee Chong Wei yang bergelut dengan prestasi selepas kembali dari penggantungan akibat doping mengambil masa 47 minit untuk menumpaskan pemain pilihan ke 6 dengan keputusan 21-13, 21-18.

chong-wei-french-open

Permainan Lee Chong Wei memang cukup menakjubkan dalam kejohanan ini namun ada ketikanya beliau seperti lalai sehingga hampir dikejar oleh pihak lawan. Dalam perlawanan akhir ini Chou Tien-Chen hampir merapatkan kedudukan pada set kedua walaupun ketinggalan agak jauh pada satu ketika.

Bagi aksi-aksi pemain lain pula tiada yang boleh membanggakan. Tiada satu pemain pun yang mampu mara hingga ke suku akhir. Mungkin para pemain perlu ambil motivasi kejayaan Chong Wei ini sebagai sumber inspirasi. Walaupun menghadapi kisah doping yang memberikan tekanan tinggi namun beliau mampu bangkit sekurang-kurangnya dapat mara ke akhir Kejohanan Dunia 2015 dan menang Kejohanan Terbuka Perancis 2015. Sudah pasti ranking beliau akan terus meningkat dan mungkin ketika ini akan berada dalam 15 terbaik dunia dimana syarat kelayakan ke Olimpik sudah hampir dalam jangkauan.

Berbeza dengan pemain-pemain lain yang dalam tempoh itu tiada peningkatan yang boleh dibanggakan. Semoga pihak berkaitan perlu SEGERA mencari penyelesaian bagi menghasilkan pemain badminton bertaraf dunia bagi menggantikan LEGASI yang bakal ditinggalkan oleh Chong Wei.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Lee Chong menjuarai Kejohanan Terbuka Perancis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)