LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lee Chong diundi berdepan Chen Long di suku akhir Kejohanan DUnia 2017

Nampaknya, Datuk Lee Chong Wei menghadapi tugas berat untuk mencapai matlamat akhir beliau tahun ini iaitu untuk menjuarai Kejohanan Dunia.
Kejohanan Dunia yang berlangsung di Glasgow, Scotland itu akan bermula pada 21-27 Ogos ini nanti.

Melalui undian yang dilakukan di Ibu Pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari semalam, beliau dijangka akan bertemu Juara Olimpik 2016 pada peringkat suku akhir lagi.
Beliau yang diletakkan sebagai pilihan kedua akan menentang pemain kurang ternama dari Perancis, Brice Leverdez pada pusingan pertama namun dijangka bakal ditentang pemain muda meningkat naik dari China.

Chen Long yang mendapat peluang atas tiket wildcard kerana tidak berada dalam ranking (kerana tidak banyak mengambil bahagian) pasti merupakan pemain yang mampu mengugat impian Chong Wei untuk mendapatkan pingat yang diidamkan selepas impian mengapai emas Olimpik terkubur.
Dengan usia yang semakin lanjut mungkin ini peluang terakhir Chong Wei untuk memungut kejuaraan BESAR dalam kariernya.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)