Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pertama sekali minta maaf kalau ada antara anda yang mengalami masalah membuka blog ini.. Ada permasalahan teknikal dari hosting.. Walaubagaiamanapun nampaknya telahpun selesai. Terpaksa mengupdate dalam keadaan mengantuk ni… Okay terus ke cerita selanjutnya..
Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam akhbar Kosmo mengenai lambakan rumah yang masih tidak terjual di negara kita.. Memang banyak sekali rumah yang tidak terjual ( mungkin Bukit Beruntung salah satu darinya).. Sebelum saya mengulas elok rasanya baca sedikit petikan akhbar tersebut
KUALA LUMPUR – Sebanyak 111,809 unit rumah bernilai kira-kira RM19.905 bilion tidak terjual di seluruh negara dari tempoh 2005 hingga 2008, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha.
Berdasarkan statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, pada tahun 2005 sejumlah 25,046 unit rumah membabitkan (RM4.069 bilion), 2006 (31,253 unit bernilai RM5.843 bilion), 2007 (29,481 unit bernilai RM5.515 bilion) dan 2008 (26,029 unit bernilai RM4.476 bilion) unit kediaman tidak terjual.
Kenapa ia berlaku?? Berdasarkan pengalaman terdapat beberapa perkara utama berlakunya lambakan rumah yang tidak terjual. Antaranya :-
1. Kawasan yang tidak menepati citarasa.. Terdapat rumah yang dibina di kawasan yang tiada pembangunan.
2. Khabar angin.. Ada juga pemaju yang tertipu.. Kononnya kawasan yang ingin dibangunkan akan maju namun ianya tidak terjadi lalu terbiar rumah tanpa pembeli.
3. Pemaju gulung tikar.. Ada juga kes dimana rumah hampir siap namun pemaju mengalami masalah kewangan. Pelikkan tapi memang ada berlaku. Ini menyebabkan rumah berlakunya rumah tidak terjual.
4. Kurang promosi..
5. Harga yang tidak mampu dibeli.
Okay rasanya cukup setakat ini. Nampaknya saya tak mampu menulis panjang hari ni.. Insyalllah kalau bersemangat akan menambah perisanya.

















itulah masalahnya. aku rasa masalah utama ialah pemaju kena tipu. nampak projek besar dan dimomokkan dengan perancangan masa depan, maka mereka berebut utk dapatkan projek tersebut.
akhirnya mereka jadi mangsa. bukan kata pembeli nak beli. nak tengok pun seram pada sesetengah tempat. hu3.
Reply
tu le pasal.. aku selalu dengo perkara ni berlaku.. dah tak boleh jual pemaju terpaksa cabut
Reply
Teruk kan. Inilah yang selalunya berlaku kalau ada penipuan.
Ada rumah tu mahal giler sampai xlogik langsung!
Ceh. apahal aku emosi ni? haha.
Reply
zool
Reply:
July 2nd, 2009 at 12:36 pm
tu le pasal.. aku tgk banyak rumah tak jual kat mana-mana pun.. tempat tak strategik biasanya
Reply
mm, family saye dulu ade membeli 1 unit rumah di bkt sentosa, bersebelahan bukit beruntung. kini saye tgk kawasan perumahan kat situ masih boleh dianggap bandar mati.Waktu malam mmg seramlah..! sampai sekarang family saye masih stay di kl blum pindah lg,tp akan pindah jg nnti coz rumah ke-2 tu dh dibayar,rugi pula..nasib baik kws kami tu dah makin ramai penghuninya..
-kws di situ mungkin bernasib malang sbb pemaju telah tertipu dgn planning kws itu yg kononnya akan dimajukan dgn perindustrian + lapangan terbang..
Reply
memang kalu nak beli kena beli ikut sentimen pasaran..kalau tak rumah yang kita akan beli tu.ibarat projek yang takder value.
Reply
mak ehhh..banyaknya rumah tak terjual ni..
Berdasarkan statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, pada tahun 2005 sejumlah 25,046 unit rumah membabitkan (RM4.069 bilion), 2006 (31,253 unit bernilai RM5.843 bilion), 2007 (29,481 unit bernilai RM5.515 bilion) dan 2008 (26,029 unit bernilai RM4.476 bilion) unit kediaman tidak terjual.
Reply
Klu nak beli rumah biar dekat ngan balai polis, hospital ataupun sekolah…senang skit..tapi klu
area terpencil and sunyi menakutkan coz byk risiko jenayah..
Reply
kekekek..aku rasa lagi satu salah pembeli gak..yg gile dok beli 4-5 buah rumah. kononnya pelaburan hartanah. Bukan semua hartanah boleh dijual dengan harga yg mahal dalam masa kurang 5 thn..ada certain place kena tunggu 15 thn baru ada nilai.
Reply
zool
Reply:
July 3rd, 2009 at 1:12 pm
betul tu.. kadang2 sibuk nak buat pelaburan.. bukan senang tanpa analisis .
apahal pun beli rumah untuk diri sendiri paling penting
Reply
kurang promosi. Itu yang aku nampak kat jerantut sekarang..
Reply
nak beli pun tak mampu.warga asing jugalah yang beli rumah dekat malaysia ni.
Reply
masalah lain… banyak bank yang dah tak konfiden untuk beri pinjaman… banyak red tape yang dah di kenakan kepada peminjam, tak kurang ramai jugak prospek pembeli rumah yang dah di black list atas sebab-sebab jadi penjamin dan sebagainya. Tanpa pinjaman bank, maka tak ramailah yang mampu beli rumah. Ada sesetengah pemaju yang kantoi tak dapat siapkan projek mereka sebab bank dah tak nak lepaskan pinjaman sebab tak konfiden dengan keadaan semasa… biasalah bank pun nak cari makan jugak.
Reply
Di antara masalah lain ialah bank dah tak nak beri pinjaman… biasalah dengan keadaan ekonomi semasa, bank biasanya ambil langkah berjaga-jaga…
Reply