Layan KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sejak kebelakangan ini saya tetiba terasa untuk makan KFC. Tak tau lah kenapa, tapi memang agak lama juga tak melayan KFC ni. Walaupun orang kampung tapi tak bermakna tak boleh makan KFC kan. Dalam bulan Oktober lepas hajat ini tidak mampu ditunaikan sebab banyak sangat kehilangan. Lepas hilang dompet, kena bayar hutang PTPTN, lepas tu servis kereta, gaji awal. Jadi memang tak berani mengambil risikonya. Takut nanti tak cukup pula duit untuk di reservekan ke Bank Muamalat bagi auto debit rumah. Tapi syukur alhamdulillah nampaknya rezeki yang datang setelah berusaha. Jadi rasanya masih mampu bertahan sehingga gaji bulan depan. Bagi mengelakkan hajat tak tercapai saya pun singgah ke restoran makanan segera ni.

Disebabkan waktu kedatangan ke lokasi adalah waktu tengahari maka saya pun mencuba nasi ayam KFC..
Photobucket

Boleh tahan juga nasinya walaupun tidaklah sehebat nasi Ayam Bonda tapi kira oklah dengan ayam goreng spicy campur ‘french fries’. Nama masakan tu ‘Colonel Chicken Rice Combo’ memang kenyang gak lah makan dengan 2 ketul ayam dan air berkarbonat. Cuma sebab layan seorang diri jadi proses pemakanan itu lebih cepat.. Huhuhuhuhu..

Bercerita pasal KFC ni terpandang iklan ‘KFC : Happy Morning”. Nampaknya pihak KFC ada buat satu pertandingan yang memberi peluang kepada pemenangnya untuk mendapat hadiah mantop.. Hadiah utamanya iaitu laptop MacBook Pro manakala 8 iPHone disediakan untuk disambar oleh peserta. Pergh memang geram sekali bila tengok hadiahnya. Nilai barang-barang tu belum mampu untuk dibayar oleh saya. Kalau dapat free alangkah indahnya..

Nak masuk peraduan tu pun takdelah sesusah mana pun. Cuma perlu bergambar dengan sedara / kawan-kawan / sesiapa jua sambil melayan ‘ KFC Breakfast Meal’. Pergh .. Selepas tu anda hantar je gambar macho/cun anda pada KFC .. TMalahan kalau dapat hantar 50 gambar anda berpeluang dapat baucer KFC Snake Plate.. Best tu…

Untuk keterangan lanjut sila klik kat gambar di bawah ni ye…

Gambar dan Bandwith dari KFC.com.my
Cutekan maskot jam KFC tu..

p/s:- Ini saja-saja je bagi promo untuk pertandingan ni..Zool dan pentadbir Ligakampung.com tiada kena mengena dengan pertandingan ini. Pertandingan ini juga tertakluk pada KFC. Sebarang masalah yang berlaku adalah di luar bidang kuasa Zool dan pentadbir ligakampung.com. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak KFC di customerservice@kfc.com.my

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1275
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

15 Responses to “Layan KFC”

  1. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Kadang2, geram gak. Join pertandingan ni semua, tak pernah menang. Ke propa je? Haha. Ye la. Ada pemenang pun, tak pernah annouce ke ape. Propa je kot. Kan Zool?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala biasalah adat menang kalah…
    nasib je tu

    Reply

  2. KPSU(PA)No Gravatar says:

    Bro….nampak best lak sekali-sekala makan KFC.Aku balik minggu nie…Ahad pagi layan KFC jom.Aku ambik ko kat rumah.
    Apa2 hal sms.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak dpt nak ke KFC.. takpe ada masa lagi tu..

    Reply

  3. AfhamNo Gravatar says:

    tak leh makan KFC..
    save budget..
    next gaji lambat g nie..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ahak.. jimat jgn tak jimat..

    Reply

  4. safarNo Gravatar says:

    kena makan di rumah je.ekonomi
    sekarang tak menentu.simpan duit lagi bagus.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sesekali tak pe la en safar.. melayan nafsu.. he hehee

    Reply

  5. comelNo Gravatar says:

    heheh sedap kfc paling sedap kat sentul n jugak klcc

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo.. KFC pun ada yang sedap dan tak sedap ye.. baru tau

    Reply

  6. EriyzaNo Gravatar says:

    Dah lama x pekena KFC.

    Reply

  7. beliamudaNo Gravatar says:

    bestnya makan KFC.. huhu~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang best.. jom la layan.

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    minggu lepas dah makan KFC.. kawann ajak makan sekali.. tapi tak order la plak nasi ayam tu.. kawan je order.. nasi cam sikit je kan..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nasi memang sikit.. tak berani ke nak masuk contest tu?? Ada masa lagi tu..
    aku belum berani lagi,.. masih segan dong ah

Leave a Reply