Lawatan Setinggan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin ada sesetengah dari kita yang kurang arif tentang istilah setinggan. Definisi setinggan ialah’ kawasan-kawasan penempatan yang terletak di atas tanah kerajaan dan rumah-rumah yang dibina di atasnya tidak mendapat kebenaran pihak kerajaan. Selalunya, pola petempatan sesebuah kawasan setinggan ialah berselerak’. Kebiasaannya tanah tersebut hakmilik kerajaan tetapi kemungkinan juga tanah milik persendirian yang diceroboh boleh ditakrif sebagai setinggan.


Gambar hiasan. Filem setinggan yang pernah muncul di layar perak satu ketika dulu..
Sebagai antara urusetia setinggan di peringkat negeri Melaka saya perlu melakukan lawatan dan bancian di kawasan setinggan. Untuk hari ini setinggan di daerah Melaka Tengah menjadi lokasi bagi mengenalpasti hal-hal setinggan. Melalui lawatan tersebut didapati :-

1. Kawasan tersebut telah didiami berpuluh tahun. Rumah kekal juga telah didirikan dan memang sukar untuk melakukan tindakan..
2. Kebanyakan dari penghuni adalah yang sudah berumur. Mereka kurang arif tentang pencerobohan tanah kerajaan ini.
3. Lokasi terletak di tanah rezab sungai dan pantai. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sungai dan pantai mempunyai rezab yang tidak boleh didiami oleh mana-mana penghuni..
4. Tanah turun temurun. Terdapat juga rumah yang diwarisi dari peninggalan ibubapa.
5. Kebanyakan dari mereka berpendapatan rendah. Untuk kes di Melaka Tengah, didapati separuhnya terletak di perkampungan nelayan..

Walaupun mereka memahami situasi bahawa mereka mendiami lot milik kerajaan tetapi bukanlah mudah untuk melakukan tindakan. Kita boleh perhatikan kes ‘Kampung Buah Pala’ di Pulau Pinang yang menimbulkan polemik antara satu sama lain.. Tak perlulah diulas panjang nanti jadi isu kontroversi pula..

Untuk makluman semua.. Perkara yang dinyatakan mungkin tidak sesuai untuk negeri lain. Ia berbeza berdasarkan persekitaran sesebuah negeri tersebut. Di negeri Melaka, masalah setinggan tidak sekritikal dinegeri lain jadi mungkin terdapat perbezaan.

Cukuplah setakat itu untuk hari ini.. Layankan beberapa keping gambar yang sempat diambil…

Photobucket
Sedang mendapatkan maklumbalas dari seorang penghuni yang berumur 91 tahun.. Masih mampu berjalan dan bercakap. Respek habis dengan pakcik tersebut. Biasa kalau lelaki berumur 60-70 tahun dah mula nyanyuk tapi beliau masih steady lagi…

Photobucket
Memberi penerangan tentang tujuan kedatangan. Alhamdulillah mereka memahaminya. Takut gak kalau kena parang tadi..

Photobucket
Mencatatkan maklumbalas yang perlu dibawa untuk dibuat laporan ..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 508
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

Leave a Reply