Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Tinggal lebih kurang dari 2 bulan sahaja lagi majlis sukan terbesar di Malaysia, SUKMA 2010 akan diadakan di Melaka. Banyak persiapan yang dilakukan bagi memastikan majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar. Sebagai salah seorang dari ahli jawatankuasa ICT untuk SUKMA 2010 lawatan ke lokasi (venue) pertandingan telah diadakan bagi memastikan kawasan operasi bagi pertandingan dapat dikenalpasti. Jadi tak le nanti terkial-kial nak cari tempat bertugas pada hari pertandingan. Semua dapat di jejaki dengan mudah melalui lawatan sebegini..Pada lawatan pertama, kami telah melawat ke venue utama bagi melihat samada bahan-bahan peralatan ICT telah disediakan oleh pihak terbabit.
Per : Untuk entri kali ini terdapat beberapa gambar, jadi mungkin proses download blog ini agak lambat harap bersabar..
Venue 1 : Stadium Hang Jebat
Stadium Hang Jebat merupakan lokasi utama bagi banyak acara. Di kawasan sekitarnya terdapat beberapa tempat berlangsung acara-acara dalam SUKMA 2010. Antara tempat yang dilawati ialah :-
Padang bola..


Padang bolasepak dan lokasi perasmian majlis tersebut. Dari segi fizikal masih banyak yang dalam proses pembangunan. Walaubagaimanapun didapati kerja-kerja untuk menyiapkan padang tersebut giat dilaksanakan. Saya yakin ianya dapat diselesaikan sebelum bulan Jun 2010. Cewah.. Cam YB plak .
Gelanggang Skuash

Gelanggang skuash. Teringat plak dengan Datuk Nicol.. Adakah akan lahir lagi pemain hebat sepertinya di gelanggang ini?? Tak berapa pandai sangat tentang permainan skuash ni tapi ada sedara yang pernah main skuash..
Kolam renang
Tempat faveret bagi mereka yang gatal-gatal nak tengok awek-awek perenang.. Pasti menjadi tumpuan nanti. Huhuhuhuhuhuhuhuhu..


Kolam renang yang masih dalam pembikinan dan juga tempat untuk acara ‘diving’.. Fuh.. sayup-sayup je tempat lompat tu..
Lawn Bowl
Acara boling padang yang permainannya seperti permainan guli. Tak faham langsung permainan ni..

Padang diselaputi karpet. Memang gempak la.. Rumah si Zool pun takde karpet.
Venue 2 – Kompleks Sukan UTeM. Tempat belajar blogger terkenal, Topotato dan CHokilala. Terdapat acara seperti wusyu, kanu, memanah yang akan diadakan di sini.


Cuma singgah ke dewan yang akan berlangsung acara dalam dewan sahaja..
Venue 3 – Dewan Politeknik Merlimau
Tempat yang paling penting untuk si Zool.. Kemungkinan besar si Zool akan bertugas di lokasi tersebut.. Korang nak tau acara apa?? Huhuhuhuhuhu. Malu nak sebut, tapi sebutlah juga.. Acara ‘gimnastik’.. Adoyai rosaklah mata si Zool menonton aksi-aksi peserta wanita yang berpakaian ketat-ketat tu woo…

Dewan politeknik. Tiada yang menarik..
Venue 4 – Makan
Berhenti sekejap dan makan tengahari di Kak Long Chalet Resort di Alai.. Makanan kampung yang memang sedap sekali ( tak ambil gambar, segan ramai-ramai nak ambil.. gegegege).. Kalau sesiapa yang nak datang Melaka dan lepak di tempat yang berhampiran dengan bandar boleh cuba menyewa dengan harga berbaloi. Boleh tengok blog di kaklongchalet.blogspot.com .. ( Iklan percuma tanpa disuruh).
Venue ini tiada kaitan dengan SUKMA ye.. Cuma tempat persinggahan makan bagi ahli rombongan semua..
Venue 5 – Stadium Tun Fatimah
Venue ini akan berlangsung acara bolasepak dan hoki..

Padang Hoki yang nampak bersedia.. Terkenang pula zaman-zaman main hoki dulu ( cam terer je)..
Venue 6 – Dalam bas

Dah penat.. APalagi bantai tidur le sekejap..
Okay cukuplah setakat ini. Kalau diikutkan ada beberapa lokasi yang tidak dilawat seperti di Kolej Universiti Islam Melaka di Kuala SUngai Baru, Dewan MITC, Pangkalan Balak, Dewan ALamanda di Jasin dan beberapa tempat lagi.. Mungkin ini lawatan pertama dan akan ada lawatan susulan lagi..
Kepada sesiapa yang akan menyertai SUKMA samada sebagai peserta, urusetia, pengurus dan sebagainya diharap dapat menjayakan majlis tersebut..
Sekian.
RSS Feed
Twitter



March 16th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


fuuhhh, tak sabar menanti sukma.
Reply
zool
Reply:
March 17th, 2010 at 19:47
mesti gempak abis SUKMA tahun ni..
Reply
saya ada join sukma jugak
Reply
zool
Reply:
March 17th, 2010 at 19:46
masuk acara apa tu cikepal?? gimnastik ke?? hehehe
Reply
azwan
Reply:
March 17th, 2010 at 22:43
Zool
kau tak masuk gimnastik
Reply
zool
Reply:
March 17th, 2010 at 22:58
aku kalau masuk gimnastik semua lari.. perut boroi gimnastik pe..
cantik logo sukma..saya masuk acara lari dalam guni..hik3
Reply
zool
Reply:
March 18th, 2010 at 08:04
memang cun.. logo kancil..
Reply
dah lama tak follow sukma ni..
Reply
zool
Reply:
March 18th, 2010 at 19:49
saya pun sebab bertugas ..
tu yg follow tu..
Reply
he..he.. saya tukang tengok pemain perahu layar jer kat pantai pengkalan balak nie…
Reply