post

Latihan dalam Kolam Renang Dibenarkan mulai 25 Jun

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan sektor sukan air dalam kolam renang untuk penganjuran aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa 25 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu, berkata ia termasuk aktiviti latihan renang seperti terjun dan menyelam.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti perlu mengikut sesi ditetapkan dengan had jumlah tertentu atlet atau peserta berdasarkan kapasiti kolam dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) sektor sukan dan rekreasi.

“Kebenaran ini diberikan kepada atlet kebangsaan, negeri, perenang kelab, perenang akademi dalam program latihan tertentu, selain peserta atau perenang yang mengikuti latihan berperingkat seperti program belajar berenang.

“Atlet atau peserta dalam aktiviti latihan renang perlu mematuhi semua SOP sektor sukan dan rekreasi, antaranya pendaftaran aplikasi MySejahtera dan penjarakan sosial tiga hingga lima meter semasa aktiviti latihan dalam kolam renang.

“Mereka juga perlu meninggalkan premis atau tempat latihan secepat mungkin selepas aktiviti latihan, dikendalikan dalam kolam yang standard untuk latihan dan pertandingan.

“Perincian mengenai SOP akan dibentangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang yang disiarkan secara langsung selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKPP di Putrajaya, hari ini.

Sumber :-PKPP – Latihan Dalam Kolam Renang Dibenarkan Mulai 25 Jun ( Berita Harian)

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.