post

Latif cipta sejarah atlet Para menang Anugerah Olahragawan Malaysia

Atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly mencatat kejutan terbesar apabila dianugerahkan selaku Olahragawan Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2016 pada hari Rabu lalu.

Kejayaan ini cukup mengejutkan apabila beliau berjaya mengetepikan penyandang gelaran, Mohamad Al-Jufri Jamari serta jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei serta pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Abdul Latif yang berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh Paralimpik berjaya memberikan beliau gelaran yang cukup berprestij ini.

Bagi Olahragawati Kebangsaan pula, SIti Rahmah Mohamed Nasir selaku atlet pencak silat berjaya memenangi gelaran tersebut untuk tahun 2016. Kejayaan beliau menjuarai emas dalam kejohanan Dunia di Indonesia dan Terbuka Belanda menyaksikan beliau menyingkirkan juara Olahragawati sebanyak tiga kali Pandelela Rinong.

Piala dan hadiah kemenangan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Latif cipta sejarah atlet Para menang Anugerah Olahragawan Malaysia

  1. Tahniah buat Abdul Latif Romly… Semoga kejayaan beliau dapat membakar semangat atlet para limpik yang lain khususnya dan Juga seluruh rakyat Malaysia amnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.