Larian Obor KL2017 bermula hari ini

 

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bersempena Sukan SEA ke 29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 memulakan siri jelajahnya hari ini. Lokasi pertama adalah di Bandaraya Johor Bahru.

Johor selaku tuan rumah pertama bagi siri jelajah larian di Malaysia setelah larian dari 10 buah negara ASEAN bermula di Brunei pada 5 Mac dan terakhir di Singapura pada 13 Mei lalu.

Baton tersebut yang dibawa masuk ke Malaysia melalui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas menerimanya daripada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Graca Fu Hai Yien.

Khairy membawa baton tersebut melalui kereta apai Woodlands Singapura menuju ke stesen kereta api Johor Bahru Sentral. Baton tersebut dibawa ke Muzium Tokoh Johor dan diserah kepada wakil rasmi Menteri Besar Johor, EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan sebagai tanda permulaan larian obor KL 2017 di Malaysia.

Obor dibawa dalam satu larian mengelilingi bandar Johor Bahru dan turut merentasi beberapa daerah lain sejauh lebih 90 kilometer, termasuk  Kulaijaya, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

Sepanjang larian berlangsung di Johor, obor tersebut akan dibawa berarak menggunakan trak terbuka sambil diiringi kumpulan gendang.

Khairy ketika ditemui turut berkata, Larian Obor juga akan mempersembahkan gimik larian berbeza di setiap negeri.

“Maka dengan itu, baton sudah diganti dengan obor, dan obor tersebut akan dibawa ke seluruh pelusuk tanah air bermula dari Johor Bahru.

“Di Johor, ia akan dibawa ke enam daerah, sebelum disambung ke negeri lain. Larian Obor akan dibawa ke tempat ikonik antaranya mendaki Gunung Kinabalu, Ulu Cave Sarawak, Wau Bulan Kelantan, dibawa menyelam ke lautan di Pulau Perhentian di Terengganu , Menara Kuala Lumpur, puncak Bukit Jugra Selangor.

“Kemuncaknya, obor dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos, sekali gus perasmian pembukaan sukan ini,” jelas Khairy.

Larian Obor KL2017 yang bermula hari ini akan berakhir pada 12 Ogos.

Sementara itu, kemuncak KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos bagi temasya Sukan SEA, manakala 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

  • ASTRO Awani

Ligakampung.com teringin juga nak join larian ni. Tapi tak tau kat mana nak daftar.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply