Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Larian Marathon malam terbesar di Asia di PUlau Pinang

OSIM Sundown Marathon, acara larian tradisi di Singapura akan menyambut ulangtahun ke 10 tahun hadapan dengan penuh bersejarah apabila akan menganjurkan acara larian di luar negaranya iaitu di Taipei dan Pulau Pinang.
Pengemar acara larian sekitar Taipei dan Pulau Pinang akan berpeluang berlari pada waktu malam dimana edisi Pulau Pinang akan berlangsung pada 17 Disember bertempat di Queensbay Mall, Bayan Lepas manakala edisi di Taipei akan berlangsung di Dajja Riverside Park pada 14 Januari 2017.
sundown2

Walaupun tiada acara full marathon (42kilometer) tetapi terdapat kategori 21.1 km (half marathon), 10 kilometer dan 5 kilometer.
Setiap peserta akan mendapat singlet istimewa larian, medal, bib larian serta beg goodies dari produk penaja. Bagi peserta kategori 10km dan 21.1km akan diberikan sijil penyertaan elektronik beserta catatan masa larian mereka.

Edisi kesembilan yang diadakan pada 2016 di Singapura menyaksikan 27,500 peserta mengambil bahagian – 5 kali ganda berbanding penganjuran sulung pada 2008. Perlumbaan 2016 itu merangkumi 40 peratus peserta luar termasuk dari Malaysia, Filipina, Taiwan dan China – membuktikan betapa acara ini cukup dinantikan dan selain menyumbang kepada kepesatan sektor pelancongan sukan di Asia.

Pendaftaran untuk OSIM Sundown Marathon Singapore 2017, OSIM Sundown Marathon Penang 2016 dan OSIM Sundown Marathon Taipei 2017 boleh dibuat di www.sundownmarathon.com

Admin Ligakampung berminat dengan acara larian ni tapi agak jauh untuk datang ke Pulau Pinang. Mungkin dilain kali.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)