Lapar Punca Marah
Written by zool on January 29, 2008 – 12:43 pm -Assalamualaikum.. Salam sejahtera ke atas semua.. Dan maaf kalau ada silap dan salah..
Hari ini diakui perasaan marah dan bengang membara dalam hati?? Kenapa?? Rasanya tak perlulah diberitahu kerana tiada sapa pun nak tau…
Memang penat hari ni kena kerja luar dan memastikan sistem komputer yang dibekalkan berfungsi dalam keadaan baik.. Walau pun tiada masalah besar dalam sistem namun gangguan luar sedikit sebanyak merencatkan kestabilan dalam diri..
Dan dalam keadaan hanya makan nasi lemak pada pukul 9.30 menambahkan lagi ketidakseimbangan badan dan seterusnya menganggu pemikiran di minda… Mungkin tahap keimanan yang dimiliki saya masih nipis sehingga sedikit sebanyak perasaan bengang menyelubungi diri…
Namun seperti biasa ianya mampu untuk dilenyapkan dengan menulis blog ini.. Almaklumlah tiada tempat untuk meluahkan perasaan ini.. Harap-harap mereka yang melanggan blog ini tidak berasa kecewa membaca post yang terlalu beremosi ini…
Kadang-kadang pelik juga si Zool ni, bila puasa di bulan Ramadhan takdelah rasa nak marah sangat tapi bila lapar di bulan lain memang tahap baran tu bertambah levelnya.. Apa pula pendapat anda?? Adakah anda bersetuju bahawa tahap kelaparan akan menganggu emosi diri???
Dan pernahkah berlaku situasi yang mungkin tidak dapat dilupakan tatkala anda berada dalam keadaan kelaparan?? Dan bayangkan pula bagaimana orang2 yang kelaparan di negara-negara miskin, sudah pastinya tahap kesabaran mereka berada dalam tahap yang lebih lagi…
Kadang-kadang saya lupa bersyukur kepadaNya… Wallahualam…

Tags: , lapar
Posted in EMosi |
8 Comments to “Lapar Punca Marah”










January 29th, 2008 at 3:37 pm
biasenye bulan pose berlapar ramai2 jadi tak rase la nak makan ni kalau tengok orang lain kenyang je mase bulan2 lain sure la iman goyah jadi cepat marah..
tapi..kan..kenape tak gi makan je?
January 29th, 2008 at 3:41 pm
emosi tu nampaknye berkait dengan perutkan.. hehe..
tapi kenape tak makan ye?
January 29th, 2008 at 4:01 pm
saya tak marah kalau lapar. tp kalau tgh kerja org interrupt siap la.
January 29th, 2008 at 11:38 pm
kenape tak gi makan je ye?
syia kalau laparkan.. mesti muke monyok je
January 29th, 2008 at 11:40 pm
kenape tak gi makan je ye?
syia kalau lapar sure muke monyok
January 30th, 2008 at 11:31 am
byknye syia tu komen. tgh lapar ke syia?
hmm… sy tak setuju lapar punca marah! ha, bak datang sapa yg sokong sy. ngeh2.. Actually sy rasa punca zool marah tu bukan sbb lapar. Just take time n fikir betul2. Ye ke kalo sbb lapar? ok kalo tgh kenyang dan keadaan yg sama berlaku? Ha, marah tak agak2? tp kn kalo marah jugak, memang zool takleh lapar la tu. hehehe
January 30th, 2008 at 3:48 pm
betul tu.
tambah-tambah orang melayu.
jgn cari pasal ngn org melayu yg tgh lapar. tak pasal2, mende kecik jadi besar.
selalu yg jadik mangsa, pekerja mamak. haha. sape suruh anta air lambat.
January 31st, 2008 at 3:39 pm
sabar lebih baik, sebaik-baiknya istghfar banyak-banyak…ok juge…