Lapangan Terbang Batu Berendam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin agak terlewat sedikit tapi tatkala men’google’ saya dapati agak kurang info mengenai lapangan terbang yang bakal mencorakan lagi industri pelancongan di negeri Melaka. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan lapangan terbang ini. Almaklumlah sebelum ini ia lebih kepada penerbangan kecil. Namun kini ianya bakal menjadi tempat pendaratan bagi kapalterbang berkapasiti tinggi. Baru-baru ini perasmian lapangan terbang Batu Berendam, Melaka telah dilakukan. Dalam tempoh terdekat kapalterbang seperti Firefly dijangka akan mendarat di lapangan terbang tersebut.
Dengan kerja-kerja penambahbaikan yang masih berjalan, dijangka Airbus dan Boeing mampu melalui landasan kebanggaan rakyat Melaka. INi juga dapat memudahkan penduduk Melaka yang selama ini terpaksa bergantung dengan terminal seperti di KLIA dan Senai. Agak jauh dan membuang masa berbanding dengan kemudahan yang bakal diterima dalam sedikit masa lagi..

Sedikit info :-

Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.

Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.

Dengan kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula paada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.

Jadi kepada rakan-rakan yang jauh, lepas ni bolelah naik kapal terbang ke Melaka.. Lebih mudah dan cepat..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2734
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

18 Responses to “Lapangan Terbang Batu Berendam”

  1. HadyNo Gravatar says:

    Hari tu aku dengar berita tentang perasmian lapangan terbang batu berendam ni.Tak sangka rupanya lapangan terbang antarabangsa, aku ingatkan untuk penerbangan domestik jer

    Reply

  2. topoNo Gravatar says:

    hohohoho aku pon baru tau psal airport ni kt website amaliana tu…

    Reply

  3. NaimNo Gravatar says:

    Asal lapangan terbang ni kecik dan burok sgt. x ade ciri2 kreativiti samada bumbung dan bangunan. Bagunan ini perlu moden sikit, seperti di Australia semua airport di semua negerinya amat2 moden dn canggih. Malahan airpot ini juga, kemudahan asasnya x lengkap dan harus setanding dgn KLIA di Sepang,Selangor. Sbb lapangan terbang batu berendam merupakan lapangan terbang antarabangsa, org luar negara akn menggunakan airport ini.

    Reply

    MissaNo Gravatar Reply:

    Salam,

    Bersabarlah En. Naim, kos pembinaan landasan baru ni dan menara kawalan sahaja sudah mencecah RM 195 juta. CM kami sedang berusaha untuk menjemput syarikat2 penerbangan supaya mendarap di sini. Kalau buat besar2 dan canggih mana pun, tapi kalau tak ada kapal terbang yg mendarat pun tak gunak juga. Tunggulah bila LTAM ini sudah beroperasi penuh, saya pasti CM kami tak akan nak tgk LTAM ini seperti sekarang. Beliau pasti akan bebruat sesuatu kerana beliau perpandangan jauh dan berwawasan tinggi untuk rakyat Melaka.. Bersabar ye En. Naim..

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    cayalah. lepas ni aku sure akan menggunakan airport neh. hehe :)

    Reply

  5. RizkytheaNo Gravatar says:

    thanks sudah berkunjung ke blogku, jangan kapok yah..

    maju terus buat Malaysia..

    Reply

  6. zinoNo Gravatar says:

    senang la nak balik kampong nanti hehe

    Reply

  7. BAGAKNo Gravatar says:

    tunggu jet saya singgah di situ :)

    Reply

  8. zamriNo Gravatar says:

    Takkan xde kerja kosong kot. Kalau ada rogerlah kat sini.

    Reply

  9. dinazNo Gravatar says:

    laaa… syarikat penerbangan apa yang beroperasi? MAS? AIRASIA? saya cek semua tak ada raoute ke melaka…. saya nak melancong ke melaka

    Reply

    MissaNo Gravatar Reply:

    Sabar, CM kami sedang berusaha utk mendapat kepercayaan mereka.. kalau dah ada nanti, sure akan ada announcement..

    Reply

  10. azizNo Gravatar says:

    kata nya semalam 15 januari rasmi airport melaka.tapi aku tgk bukan main gah lagi promote tapi….. nampak gayanya kena lah ke klia.toksah berangan le korang nak ada airport kat melaka tu,tak pun tunggu sampai kucing bertanduk.

    Reply

  11. lekirNo Gravatar says:

    baru tadi dirasmikan.. gambar boleh tengok kat blog saya kalau sudi..
    http://bumimelaka.blogspot.com/2010/02/lapangan-terbang-antarabangsa-melaka.html

    Reply

  12. zoolNo Gravatar says:

    hm.. tak sempat nak tgk rasmi ada kat Kl tadi.. meeting

    Reply

  13. AZIZ ADORANo Gravatar says:

    aku harap sangat airport melaka ni bukar sekadar ke indon je,tapi ke destinasi lain.kalau tak kena lah ke klia.mak aku pulak selalu ke kuching,terpaksa ke klia,2jam dari melaka,dzh lak tu org tua aku sakit lutut nk jalan jauh,la ni dh ada airport kat melaka ni harap2 dapat mempermudahkan urusan,lebih2 lg pada warga emas.jangan nama je ANTARABANGSA tapi…mana tau satu hari LTAM bakal membawa jemaah haji.insyallah

    Reply

  14. TIBATIBANo Gravatar says:

    aku setuju sangat la kat AZIZ ADORA tu, jgn harap letak nama bersandar International tapi hakikat pada nama tak nampak. orang tua kat mesia nie ramai dah tergolong kelompok rakyat 1Malaysia n pengundi rasmi berdaftar. bior le lepas nie Batu Berendam International Airport ada kesemua destinasi domestik Msia yg lengkap walaupun bermula dengan 1 kekerapan satu hari. InsyaAllah doamu itu adalah deretan doaku jua. AMIN!

    Reply

  15. lizaNo Gravatar says:

    buat masa skrg LTAM ini hanya beroperasi untuk apa? Adakah penerbangan domestik bg pelanggan untuk bercuti di dalam negeri boleh berlepas di LTAM?

    Reply

Leave a Reply