Lapangan Memanah MSN berkelas dunia

Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil lulus pemeriksaan dan Pengarah Acara Memanah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Sanguan Kosavinta, menganggap venue itu antara yang terbaik di rantau ini walaupun dibina dalam tempoh singkat.

Venue itu hanya memerlukan masa kurang seminggu untuk siap dibina, dengan ia memiliki semua kelengkapan, termasuk tolok angin dan papan mata elektronik.

Ia juga menepati piawaian badan induk, Persatuan Memanah Dunia, sekali gus sedia menganjurkan acara memanah Sukan SEA.

“Sekarang ini ia baik. Ia lapangan yang menarik dan berkelas dunia. Anda dapat lihat, semuanya lengkap dan sangat bagus.

“Walaupun ini merupakan kejohanan di pentas Asia Tenggara, kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kami mampu menyediakan venue bertaraf dunia,” kata Kosavinta.

Acara memanah akan membuka tirai Rabu ini dengan menawarkan dua pingat emas menerusi acara compound individu lelaki dan wanita.

Malaysia meletakkan harapan tinggi dalam compound individu wanita berdasarkan prestasi di Singapura, dua tahun lalu.

Secara keseluruhan, Malaysia menyasarkan empat emas, iaitu tiga dalam compound dan satu recurve.

Sumber :-Stadium Astro

Sememangnya sukan memanah patut mendapat fasiliti berkelas dunia kerana kemampuan atlet Malaysia yang mampu bersaing dalam peringkat dunia seperti Haziq Kamaruddin, Khairul ANuar Mohamad, Mohd Akmal Nor Hasrin yang berjaya bersaing dalam Sukan Olimpik 2016. Begitu juga dengan barisan pemanah wanita negara yang dimasukkan dalam Program Juara 2017 seperti  Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Nurul Syazhera Mohd Asmi yang berpotensi untuk diangkat bersaing di peringkat dunia.

Fatin Nurfatehah Mat Salleh., pemanah negara yang diharapkan merangkul emas pada Sukan SEA 2017

Malahan pada peringkat Piala DUnia 2017 yang dilangsungkan pada Jun lalu, pasukan skuad memanah recurve lelaki negara berjaya merangkul gangsa. Satu keputusan yang menunjukkan standard pasukan memanah negara yang cukup tinggi.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply