Laman Tiga Budaya di Asahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Ketika cuti Tahun Baru yang lalu, si Zool sempat melakukan singgahan ke Laman Tiga Budaya di Asahan. Memang agak ke dalam tempat rekreasi di Asahan, Jasin, Melaka ni. Dulu pernah pergi ke Air Terjun Asahan tapi waktu tak sesuai. Tapi lawatan kali ni bukan nak pergi ke air terjun tapi lebih kepada nak jengah ke laman tiga budaya Asahan. Sebenarnya tempat ini dikatakan ada keunikan sendiri kerana ia terletak dikawasan sempadan negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Ia mensasarkan untuk menjadi lokasi pelancongan yang menampilkan kebudayaan ketiga-tiga negeri ini. Melalui pemerhatian ke tempat ini ia adalah sebuah mini taman tema air tetapi melalui semakan di Facebook Laman Tiga Budaya ianya lebih dari itu. Kita tengok maklumat yang didapati di internet :-

Laman Tiga Budaya adalah satu tempat sesuai untuk membuat aktivi rekreasi, team building, program jati diri, kursus kursus berasaskan hutan dan air dan lain lain. Semua kemudahan asas ada. Kos penginapan dan tapak perkhemahan boleh dirunding. Laman Tiga Budaya sangat berhampiran kaki Gunong Ledang. Pendaki pendaki gunong yang berminat untuk mendaki Gunong Ledang boleh membuat tempahan penginapan dengan kos yang munasabah di Laman Tiga Budaya. Kami boleh menguruskan tentang guide dan makan semasa pendakian.
Tiket : Dewasa – RM 7.00 , Kanak-kanak : 4.00
Sebarang pertanyaan : 06-5296133 (8am-5pm)
Sumber : Facebook Laman Tiga Budaya

Pada pendapat saya, memang banyak yang perlu dilakukan. Rasanya jalan ke kawasan air terjun perlu dilaksanakan dan perlu ada papan tanda yang lebih baik lagi. Selain itu promosi berterusan perlu dilakukan bagi menyebarkan maklumat mengenai kewujudan laman budaya ini kepada pelancong. Selain dari aktiviti mendaki, aktiviti berbasikal atau merentas desa boleh diperkenalkan di kawasan ini. Memandangkan terdapat denai dan laluan tanah merah mungkin aktiviti lasak sebegini boleh dilakukan. Mungkin penganjuran pertandingan-pertandingan boleh dilakukan oleh pihak pengurusan. Selain itu facebook fanpage Laman Tiga Budaya juga perlu lebih canggih bagi menarik minat pengguna fb ‘like’ page tersebut.
Apapun mungkin pihak pengurusan Laman Tiga Budaya mempunyai perancangan tersendiri.Mungkin juga ianya dalam proses pembangunan sebab tu tak nampak sangat tiga budaya tu. Tapi mungkin ada perancangan dari ketiga-tiga kerajaan negeri pada masa akan datang. Tengok je la camne nanti..

Sedikit gambar yang diambil.

Sekian..

Pengunjung Entri Ini :2867

4 Responses

  1. Izzat AzizNo Gravatar says:

    first time dengar, boleh pegi nanti.

    Reply

  2. tehrNo Gravatar says:

    aku juga belum pernah sampai sini
    baru dengar juga

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nanti datang le..

    Reply

  3. sukmaNo Gravatar says:

    Baru tahu….info menarik, tapi kurang promosi nie…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge