LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Laluan sulit Malaysia untuk layak ke Piala Thomas selepas tumpas kepada Thailand

Pasukan badminton lelaki negara menempah laluan sukar untuk ke Piala Thomas selepas tumpas pada peringkat Kumpulan C Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 di Alor Setar, Kedah pada malam semalam.
Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku pemain perseorangan pertama tidak menghadapi masalah apabila menumpaskan pemain Thailand Khosit Phetpradab dengan keputusan 21-13, 21-9 dalam masa 33 minit.

Perlawanan yang berlangsung di Alor Setar, Kedah itu menampilkan pasangan beregu utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dalam menghadapi pasangan Thailand Kittinupong Kedre/Dechapol Puavanukroh.
Pasangan beregu utama negara itu tumpas tipis kepada pasukan lawan dengan keputusan 21-16, 19-21 dan 20-22.

 

Pemain perseorangan muda negara, Lee Zii Jia pula melakar kejutan menumpaskan pemain Thailand yang berada di ranking lebih baik dengan keputusan 21-14, 21-12.
Gandingan beregu kedua negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi pula bukan tandingan gandingan Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash apabila dibenam pemain lawan dengan keputusan 17-21, 11-21.

 

Pemain perseorangan ketiga negara, Iskandar Zulkarnain pula tidak dapat menyerap tekanan dan tumpas kepada pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen dengan keputusan 13-21, 14-21.
Kekalahan 2-3 kepada Thailand ini menyaksikan pasukan badminton negara mengalami kesukaran untuk layak secara merit ke Piala Thomas di Bangkok pada Mei nanti.

Pada perlawanan kedua hari(Rabu) skuad negara berkemungkinan tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan Myanmar dalam perlawanan kedua yang bermula jam 7 malam ini.
Apapun, diharap ini menjadi pengajaran kepada barisan pemain negara yang perlu menampilkan aksi yang lebih baik selepas ini.

Kemungkinan selepas ini cabaran berat menanti apabila berhadapan dengan pasukan Taiwan yang sememangnya mempunyai kekuatan pada beregu dan juga perseorangannya. Adakah pasukan Malaysia mampu atau mungkinkah tersingkir di peringkat kumpulan?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)