Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebenarnya hari ni tak berapa ber’idea’ nak menulis tapi lepas baca artikel Mail mengenai ‘Tomok Perlu Menang RM1 juta dan seterusnya belanja aku sebiji iPhone 3G ‘ menyebabkan saya melayan persembahan Tomok di youtube.. Sedang syok layan youtube tertarik pula dengan lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’ yang membawa nostalgia lama..

Yelah.. lagu-lagu dendangan ‘Exist (Mamat)’ merupakan antara lagu terawal yang menjadi kegilaan remaja sezaman saya..Seingat masa tu saya baru tingkatan satu.. Kewujudan kumpulan ‘Exist’ tika itu menjadi satu fenomena seni.. Dalam album tu banyak lagu yang top cam ‘Untukmu Ibu’, ‘Rahsia Pohon Cemara’, ‘Janji Padamu’, ‘Langkah Seiringan’, ‘Nota Di Lautan Sepi’ dan banyak lagi.. Tapi jodoh Mamat dengan kumpulan Exist masa tu tak panjang.. Hanya untuk 2 album selepas ada sedikit kontroversi.. Tapi tak kisahlah tu janji lagu dia best…

Mungkin ada adik-adik yang tak tau lagu-lagu masa zaman tu berbanding lagu ‘Exist’ yang baru cam ‘Jesnita’, ‘ Tak tau harga cinta’, ‘Percayakan Siti’ dan sebagainya..

Mungkin rakan-rakan sebaya pernah dengar lagu ni..’Janji Padamu’..
Jom berjiwang jap..


Lawakkan tengok muka diorang..Muka budak lagi…

Tak boleh layan youtube?? Layan Aimini

Kalau tak boleh tengok atau dengar lagu ni baca je lah lirik.

Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

huhuhuhu.. bila layan lagu lelama ni tiba-tiba terasa makin tua ek..