LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lagi pemain Harimau Muda mendapat perhatian kelab FC Ryukyu

Nampaknya, kelab dari Jepun FC Ryukyu yang telah mendapatkan khidmat 2 pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim menambah minat terhadap 2 lagi pemain dari skuad Harimau Muda. Kelab Liga Divisyen Tiga Jepun melalui wakilnya iaitu Naib Presiden FC Ryukyu, Sotaro Shinoda telah mengadakan perbincangan dengan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

fc-ryukyu

Sebelum ini, kelab FC Ryukyu telah mengikat kontrak dengan Wan Zack (dua tahun) dan Nazirul Naim (setahun) pada Mac lalu. Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan serius telahpun pulang ke tanah air untuk menerima rawatan. Selain itu, menurut Hamidin skuad Harimau Muda A dan Harimau Muda B dicadangkan untuk beraksi di luar negara pada tahun depan dengan destinasi pilihan adalah di Australia. Selain itu mereka juga mempunyai pilihan untuk mendedahkan pemain muda negara ke Sao Paolo, Brazil dan Slovakia.

Sumber :- HMetro

Berita ini adalah sesuatu yang positif. Walaupun FC Ryukyu berada dalam divisyen 3 tapi pengurusan dan liga tersebut lebih kompetitif. Semoga pemain yang mendapat peluang tersebut dapat mempergunakan segala pengalaman yang dikutip untuk dibawa kembali dalam skuad kebangsaan. Ini merupakan permulaan dan tidak mustahil satu hari nanti akan ada pemain Malaysia yang bermain di liga yang lebih baik lagi. Bila beraksi dalam liga yang lebih baik pasti akan memberikan impak positif terhadap perkembangan sukan bolasepak negara kita. Tak gitu? Siapa agaknya pemain yang dapat perhatian tu? Adakah Wan Zaharulnizam ? Rozaimi ? Izham Tarmizi ? Irfan Fazail? Thamil Arasu ? Kita tunggu dan lihat ye..

Berkenaan peluang beraksi di luar negara pula saya berpendapat ia satu perkembangan yang baik. Ini dapat dilihat dimana beberapa pemain dari skuad Harimau Muda yang pernah bermain dalam Liga Slovakia menunjukkan kematangan dalam aksi termasuklah Wan Zack Haikal, Fadhli Sas dan Irfan Fazail. Cuma lebih elok kalau ada pemain negara yang dapat bermain dalam akademi bolasepak Eropah atau Amerika Selatan kerana kualiti kelab mereka lebih tinggi berbanding bermain di Australia. Mungkin akademi di Bayern Munich dapat membantu kerana kita pernah mempunyai wakil dalam bidang kejurulatihan di akademi kelab tersebut iaitu Lim Teong Kim. Mungkin ia lebih berkesan lagi. Apapun, keputusan menyertai Liga di luar adalah satu keputusan bijak.

Sekian..

p/s :- Esok dan Sabtu akan berlangsung perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2013. Ada sesiapa pembaca yang dah beli tiket nak tengok perlawanan tu ke?

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Lagi pemain Harimau Muda mendapat perhatian kelab FC Ryukyu

  1. prestasi pemain kita semakin menjadi perhatian orang luar,ini adalah satu perkembangan yang baik untuk bola sepak negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)