Lagi-lagi Isu beras
Written by zool on May 15, 2008 – 12:11 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Nampaknya tak habis-habis lagi si Zool ni nak cerita pasal beras. Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk bersama-sama berkongsi tentang masalah beras ni.. Almaklumlah makanan ruji negara .. Jadi saya akan sentiasa ‘mengemaskini’ maklumat-maklumat terbaru terkini mengenai permasalahan beras yang makin meruncing bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh negara..
Source Pic :- Serambinews
Dalam suratkhabar Utusan Malaysia hari ini 1 mukasurat diperuntukkan untuk membicarakan tentang Isu Beras..
1. Tukar kelapa sawit dengan beras.. Kerajaan sedia menukar kelapa sawit dengan beras melalui kaedah dagangan tukar barang (sistem barter) dengan mana-mana negara pengeluar.. Hm.. satu cadangan yang mungkin agak bernas tetapi mahukah negara berikut berkompromi dengan kita?? Pandangan saya cadangan ini adalah baik namun untuk menyelesaikan masalah harga belum tentu berjaya.. Kenapa?? Kerana dasar mengimport sebenarnya hanya akan menyebabkan manipulasi harga boleh dilakukan oleh pihak satu lagi.. Antara beras dan minyak sawit sudah pastinya beras akan menjadi nilai yang lebih tinggi.. Sudah pastinya akan berlaku keterpaksaan dari pihak kita untuk menurunkan harga minyak sekaligus mewujudkan ketidaksamaan nilai perdagangan tersebut.. Pada saya cadangan ini lebih sesuai untuk jangka pendek sahaja..
2. BERNAS akan tanam padi.. Padiberas Nasional Berhad ( Bernas) akan meneroka bidang penanaman padi dalam waktu terdekat bagi memastikan pengeluaran beras Malaysia mencapai tahap sara diri penuh..
Er.. sebenarnya agak konfius sikit dan baru tahu bahawa Bernas hanya bertindak sebagai penjual dan pen’gred’ beras sahaja.. Memang amat menyedihkan … Sebuah organisasi yang besar tidak mengambil tahu dalam bidang penanaman padi sebaliknya hanya menjana keuntungan.. Patutlah ramai merungut… Harap Bernas perlu ambil tindakan secepat mungkin dengan menubuhkan R&D bagi memastikan pengeluaran di peringkat tempatan mencukupi sekaligus isu beras dapat diselesaikan..
Yang lain-lain berita mengenai pasar raya yang menaikkan harga dan isu-isu picisan mengenai beras habis walaupun harga naik..
Baca post saya sebelum ini untuk melihat isu-isu beras sebelum ni..
Tags: beras mahal, beras naik harga, Bernas, isu beras
Posted in kehidupan, pertanian |
One Comment to “Lagi-lagi Isu beras”










May 15th, 2008 at 2:36 pm
Entahlah apa nak jadi bila harga makanan asasi kita terus melambung naik. Tidak perlu kita menunding jari kepada sesiapa sebab dan musabab kenaikan harga tersebut. Yang nyatanya dengan kenaikan harga beras pastinya permintaan terhadap beras menurun tetapi nak buat cam mana, walaupun penawaran kurang, permintaan masih tetap sebab itu adalah makanan ruji kita. Jadi apa yg perlu kita buat adalah dgn mengurangkan pengambilan nasi. Hehehe ada kebaikan jugak ni, bila kurang makan nasi, ramai yg akan dpt mengurangkan berat badan. Bila berat badan dah turun, kesihatan pun akan bertambah baik bukan? Kalau dari dulu bidang pertanian ini dititikberatkan walaupun bidang perindustrian kita realisasikan, takde lah negara kita kekurangan beras bukan?