post

Lagi 2 Remaja Malaysia Bakal ke Eropah

Mungkin ramai dah mengetahui tentang pemain berbakat besar bola sepak Malaysia iaitu Luqman Hakim yang bakal ke Liga Belgium.
Tetapi tahukah anda ada dua lagi pemain yang lebih muda dan kini sudah mula mengorak langkah untuk beraksi di Eropah ? Ligakampung.com terbaca dua artikel di akhbar Harian Metro mengenai 2 pemain muda yang berpotensi untuk beraksi di Liga Eropah.

1) Omar Raiyan Kama Azlan
Pemain muda baru berusia 15 tahun ini kini bersama pasukan dari kelab Serbia iaittu Red Star Belgrade. Kelab ini popular sedikit masa dahulu dan merupakan kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Serbia. Kiranya macam JDT la kalau kat Malaysia ni.
Red Star ni pernah menang ‘ Kejuaraan Eropah ‘(sekarang ni Liga Juara-juara) pada tahun 1991 dan menang Intercontinental Cup pada tahun sama. Banyak nama besar hadir dari kelab ini seperti pemain Inter Milan yang juga pakar free kick Sinisa Mihaljovic, pemain tengah Dejan Stankovic dan bekas pemain Setan Merah, Nemanja Vidic.
Berbalik semula pada pemain yang beraksi dalam kelab ini iaitu Omar Raiyan. Pemain muda ini berjaya memikat hati orang Serbia selepas menjalani pemilihan pada Julai tahun lalu. Kira setahun juga lah mendapat keputusan orang Serbia ni.

Omar sebelum ni pernah bersama akademi Manchester City dan membantu akademi tersebut mara ke pusingan 32 terbaik di Piala Gothia 2018 ni.
Ligakampung.com bersetuju sekiranya Omar menggunakan peluang untuk menimba pengalaman di Liga Serbia termasuk untuk mendapatkan permit kerja bagi memudahkan urusan.
Mana tau satu hari nanti dapat kembali ke Manchester City sebagai pemain. Time tu nanti dah boleh gantikan Raheem Sterling. Gempak dik kalau ko dapat main Manchester City.

2) Alle Putra Aril
Pemuda berusia 15 tahun ini pula mendapat tempat dalam akademi FC Malaga City tapi bukan dibawah kelab terkenal , Malaga tu tapi kira handal la juga.
Menurut kenyataan media, akademi akan menanggung sebarang kos pengajian beliau. Beliau telah pun menandantangani perjanjian dengan akademi tersebut dan akan bermula tidak berapa lama lagi.

Bagus juga budak ni. Kalau baca dalam akhbar beliau dah bermula secara serius pada usia 14 tahun dan pernah bermula dengan Perlis FA Bawah 19 tahun tapi isu pengurusan menyebabkan tidak bertahan lama.

Itulah dua prospek ubi muda Malaysia yang bakal ke Eropah. Kami mendoakan supaya mereka bertiga (termasuk Luqman) berjaya untuk mencapai cita-cita menjadi pemain di Liga Eropah.
Bukan sekadar menang Mencari Ramli tapi main kat Liga Malaysia lagi.

Lagi satu kami mengharapkan bahawa takde lah yang tiba-tiba nak tangkap dia kan? Biarlah dia berjaya kat luar dulu..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.