Kursus Penulisan Blog
Written by zool on May 13, 2008 – 12:13 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Wah sepatutnya saya menulis satu post sehari tapi nampaknya tatkala saya terbaca satu artikel di Utusan Malaysia perasaan teruja untuk menulis artikel ini secepat mungkin..

Source Pic :-http://www.blogohblog.com/
Berikut merupakan petikan dari suratkhabar tersebut.
” Shah Alam 12 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
Bla.. bla .. bla..
“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya..
Bla.. bla bla…
”Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis. Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,” katanya.
“
.. Sila klik untuk Berita penuh …
Seperti dalam katun Senyum Kambing. pertanyaan yang sama ingin saya kemukakan..Agaknya siapa yang akan menjadi pensyarah untuk kursus penulisan blog ni agaknya?? Adakah Datuk Kadir Jasin , SmartZul, Dikmal, Mail, Syamsularif atau mungkin si Zool ligakampung?? Huhuhuhu.. Menarik bukan?? Jika sebelum ini blog dipandang sepi tetapi kali ini ianya mampu mewujudkan ketakutan.. Apa yang ditakutkan dengan blog?? Adakah kuasa blog lebih bahaya dari majalah hiburan tanahair?? Majalah yang menonjolkan benda-benda yang tak patut ditonjolkan?? Atau lebih bahaya dari DVD dan VCD porno yang berada di merata tempat?? Wallahualam.. Mungkin saya kurang arif tentang ini.. Dan mungkin kawan-kawan pembaca lebih mengetahuinya….
Mungkin selepas ini blogger perlu menghadiri kursus untuk diijazahkan sebelum layak menulis… Huhuhuhuhu..
Tags: kursus blog
Posted in Blog |
23 Comments to “Kursus Penulisan Blog”












May 13th, 2008 at 1:17 pm
jap2… apa kaitan gambar si jai tu kt post ni???
hohohoho kalo bagi kenny sia jadi pensyarah sure hancor bdak2 ni…
siapa nak jadi lecturer mesti dapat pr4.. mempunyai domain sendiri…
mempunyai ratusan hits setiap hari…
ape2 lagi la….hohooh
May 13th, 2008 at 2:46 pm
cam best je.. camne nak apply tuh.. kelulusan pmr ke spm? heheh
May 13th, 2008 at 4:03 pm
ada gak ker course camni?hehe..
Gambar kat atas tu macam kepala Raja Petra Kamarudin jer,hehehe
May 13th, 2008 at 6:47 pm
pensyarah blog! menarik!
blog semakin popular dan mendapat tempat utk mereka yg bijak menulis.
apa agaknya silibus blog erk!?
May 13th, 2008 at 11:55 pm
hmmm perkembangan yang bagus la nih…hehehe…sebab sekurang-kurangnya blog sudah diiktiraf sebagai salah satu media massa yang efektif dan effisien. bukan sahaja untuk berita tetapi untuk menyara kehidupn.
May 14th, 2008 at 12:01 am
topo –> jai?? Sapa tu.. ntahlah aku main hentam je letak gambar tu.. memang takde kaitan pun.. apsal tak blh kennysia?? dia tak pandai cakap melayu ke?? atau dia garang cam singa???
Uncle G –> tanya NC UiTM..
zuhairy –> bukan raja petra lah.. takde kena mengena…
megat –> antara silibusnya ialah ‘ beretika ketika blog’( agak-agak akulah)
taukey –> betul taukey.. tapi ramai tak tau blog ni mampu menjana pendapatan.. ramai ingat blog ni cerita pasal politik je..
May 14th, 2008 at 12:24 am
perghhhh siap ada kursus tuh. hehe
May 14th, 2008 at 12:57 am
megat>> dekat blog aku ade silibus course blogging tu.. sila la tokok tambah ape yg perlu…hohoho
zool>> tu gambar jai la tu… owner baru blogohblog.. pas si bob dah jual..
May 14th, 2008 at 1:13 am
KNizam –> tu le pasal.. penangan blog cukup hebat..
topo –> ooo owner baru ye.. aku pun main ambil je.. nanti ko beritau dia ye….. kang dia saman aku.. aku bukan berduit sangat..
May 14th, 2008 at 1:22 am
mari berkursus untuk berblogs~ huhuhu =P
May 14th, 2008 at 4:04 am
uish…pengajian blog..
pasni ade la dip in wordpress..dip in blogger..dip in portal…
May 14th, 2008 at 6:07 am
wordpress, blogger, etc tu subjek. sem1=blogger, sem2=wordpress, etc.. hahahaha..
kalo kursus ni kursus sampingan, ak rela ja amek. ho3
May 14th, 2008 at 9:56 am
aku pun rase mcm nak amek degree blog pakar la mcm ni. hahaha. blogging is fenomena!
May 14th, 2008 at 9:59 am
Sekarang ni dah ada satu kursus khas untuk e-dagang. Jadi blog ada kaitannya dengan e-dagang jadi mungkin kursus tu lebih tertumpu pada blog perniagaan, strategi pemasaran, pembelian dan penjualan, software2 yg digunakan, berkenaan dgn model2 perniagaan di internet dsbnya….dan dalam penulisan blog seseorang itu mesti beretika…jadi mungkin etika menulis blog pun ada dalam silibus.
Hahahaha….jom kita ramai2 jadi lecturer Penulisan Blog……
May 14th, 2008 at 12:09 pm
bagi la menteil jadi lect..
haha..
idup blogger!!
May 14th, 2008 at 1:33 pm
Jika semakin banyak regulasi dan klasifikasi utk blog dan blogger, bimbang2 nanti ia tidak sebebas dan semudah yg ada sekarang.
Jadi lah ia spt penulisan dlm media arus perdana…
May 14th, 2008 at 1:59 pm
syam rasa antara syllabus penting dalam pengajian ini adalah etika penulis, bukti kesahihan maklumat dan bibliografi
May 14th, 2008 at 2:30 pm
Darkz05 –> jom kursus..
xmindfreakx n hanep–> dip in blogdrive,livejournal.. lepaih ni ada kursus untuk social networking plak.. myspace, facebook…fuh banyak tuh..
razifmustapha –> memang fenomena dan menakutkan..
ktom –> nak jadi lecturer blogging.. blogging in blogger.com dan etika penulis blog politik.. huhuhuhu..
menteil –> nanti ko lantik aku jadi menteri pengajian tinggi aku lantik ko jadi dekan fakulti blogger..
abgjas —> mana boleh abgjas.. menyekat kebebasan.. kan negara ada undang2.. gunalah undang2.. kenapa perlu sekat..
syam –> ha ha ha.. ko tak rasa terkena ke apa yang ko cakap?? h
May 14th, 2008 at 3:03 pm
[...] interested to make their blogging activity become more credible. I heard about this news through Zool Liga Kampung’s blog. In my humble opinion I think it’s a great move to give a good perception to the [...]
May 15th, 2008 at 2:57 am
aiyok.. huhh.. mesti ramai bengang syia cakap ni.. tp syia rase cam x patut ada kursus sebegini.. kursus biase2 sudah sebabnye.. blog ni sebenarnye media bukannye teknik penulisan baru
May 15th, 2008 at 6:24 am
[...] Zool : http://ligakampung.com/blog/2008/05/13/kursus-penulisan-blog/ [...]
May 15th, 2008 at 6:45 am
aku rasa course blogging ni xprlu ade..cme jdkn subjek teras atau wajib dlm software engineering course..sbb blogging ni pon melibatkan java,php,html n css dan sume element tu ade dlm course tersebut…xpyh nk bazir2 duit buat fakulti atau jabatan baru kt uni tersebut..
May 19th, 2008 at 5:08 am
Pelik juge kenapa nama saya ada di atas..huhu cam tak berapa sesuai sebelah nama otai Zul
dan otai Mail. Kecinya hamba
ok back to topic.
Mal rasa, kursus berkaitan blog perlu. Tujuan nya seperti di nyatakan, terutama tentang etika. (aku pun byk nk belajar, leh daftar tak kursus ni
)
tak pon, hanya sebagai kursus yang dianjurkan oleh UiTm.
Etika dan profesionalisme itu memang benda yang perlu di pelajari lebih mendalam.
Siapa agaknya guru nya nanti ya. Saya kata, Fuad Latip.
Harap2 yang UiTM pilih ialah mereka yang benar-benar membicarakn ethics, bukan berkepentingan peribadi.
Blog kini adalah capaian ilmu.