Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Kursus adalah sesuatu perkara yang mampu menyeronokkan atau membosankan. Sebagai salah seorang penjawat awam, kursus amat diperlukan bagi memastikan tahap kecekapan bertambah. Minggu ini saya dikehendaki menghadiri kursus berkenaan sistem maklumat pengurusan sumber manusia ( HRMIS) selama 3 hari. Walaubagaimanapun saya hanya hadir 2 hari kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari terakhir kursus.

Saya tidak mahu menceritakan mengenai kursus HRMIS tersebut tetapi lebih kepada berkongsi situasi mengenai keadaan di kursus. Saya yakin anda semua pernah menghadiri kursus samada kursus di sekolah, IPT, motivasi mahupun kursus kahwin ( si Zool bila nak hadir ntah.. ). Bila cerita tentang kursus memang berbagai ragam yang boleh berlaku. Antaranya ialah :-
1. Mesti nak duduk tempat belakang sekali.. Nak terlindung dari penceramah. Risiko untuk disoal kurang berbanding peserta di depan sekali.. Boleh cari port nak tidur sekali….
2. Bila ditanya oleh penceramah dengan soalan ini ‘ Ada apa-apa soalan ‘. Semua membisu. Samada faham atau tidak hanya mereka yang mengetahuinya. Tapi berdasarkan pengalaman sekiranya tiada soalan peratusan pemahaman sebenar agak rendah. Betul tak??
3. Datang kelas sikit punya lambat. Lenggang lenggok je, tapi bila waktu makan dialah yang pertama sekali memegang pinggan.. Ada sesiapa terasa tak??
4. Kalau kursus takde makan-makan mesti merungut peserta. Kena plak yang kena jalan jauh nak ke sana. Bengkek je rasa..
5. Penceramah tak mari. Bercakap pun cam dengar tak dengar. Lepas tu ayat skema semacam je.. Mau je sorongkan bantal kat kepala..
6. Peserta-peserta tak mari.. Kena kiri kanan depan belakang semua yang veteran-veteran dan anda yag paling muda.. Kalau boleh ajak berborak takpe juga .. Ni semua serius cam robot je..
7. Mata tak berapa nak nampak? Power spek mata dah naik tapi tak tukar-tukar lagi.. Tulisan pun nampak kabur je.. He hehehe . Ni memang real dari si ZOol.. Pergi kursus tapi tak berapa nak nampak apa yang ditulis.. Waduh mau kena ganti spek ni..
Okay cukuplah setakat ini . Mungkin anda ada situasi lain di kursus yang boleh dijadikan kenangan.. Kongsikan di sini..
RSS Feed
Twitter



February 3rd, 2010
zool
Posted in
Tags: 


adeh. benar belaka tulisan mu. aku rasa dari 10 kursus, ada kot 3 yang best. yg lain aku looking forward utk makan jerrr
Reply
zool
Reply:
February 7th, 2010 at 18:28
biasala tu
Reply
makan-makan tu biasalah.kalau tidak.tuan blog ni
pun tak mahu datang.
Reply
zool
Reply:
February 7th, 2010 at 18:29
samalah yg komen ni kan..
tapi kursus kena dtg utk cukupkan syarat..
Reply
x suka menyuarat yg meleret2
Reply
zool
Reply:
February 7th, 2010 at 18:29
mesyuarat kat entri yg lagi satu.. ni hal kursus.. tapi oklah ..
biasa lah tu mesyuarat meleret2.. ada tu sampai berjam2..
Reply
kursus ni sama macam dengar lecturer la.
kalo best, tak ngantuk.
kalo xbest, memang boleh terangguk-angguk
Reply
adeh, eok ku kna gi krsus induksi kat PD…berdebar2 bila dgr mmber2 yg dah pergi ckp kene wat pngucapan awam..huhu
Reply