Kursus Induksi Umum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada para pembaca yang dikasihi..

Jika tiada aral melintang kemungkinan besar saya sedang menghadiri kursus induksi umum di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Kluang, Johor bermula dari 10hb Julai hingga 24 Julai 2008.. Jadi saya menaip artikel ini terlebih dahulu.. Almaklumlah takut nanti masa kursus tiada masa untuk menaip artikel terbaru nanti lari pula pembaca blog ni..

Nampaknya setelah menunggu 1 tahun 7 bulan akhirnya saya dapat menjalani kursus wajib untuk penetapan pengesahan jawatan bagi penjawat awam.. Sebenarnya bagi melayakkan diri untuk disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam, terdapat 2 kursus induksi iaitu induksi umum dan induksi khusus yang wajib dihadiri.. Dan selepas ini saya akan menjalani peperiksaan-peperiksaan perkhidmatan bagi memastikan bahawa secara sahnya dilantik sebagai kakitangan tetap kerajaan seterusnya boleh menukar ke  skim pencen dan melakukan Pinjaman Kerajaan..

Kepada rakan-rakan yang baru menjawat ke perkhidmatan awam, saya menyarankan agar cepat-cepat mendaftar secara online secepat mungkin kerana jika bertangguh akan menyebabkan anda lambat untuk disahkan jawatan.. Memang merugikan kerana tempoh perkhidmatan anda akan lambat..

Insyaallah kalau saya berkelapangan saya akan bercerita serba sedikit tentang kursus yang saya hadiri.. Doakan saya ye…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2907
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Kursus Induksi Umum”

  1. ShilaNo Gravatar says:

    Dulu saya induksi selama 10 hari…pada awal bosan..tapi sbnarnya banyak pengalaman dan pengajaran yg berguna khususnya dalam bidang kerjaya yg bakal kita tempuh.Selamat berkursus!

    Reply

  2. syiaNo Gravatar says:

    cam TM lak.. ada camp induction :)

    Reply

  3. KPSU(PA)No Gravatar says:

    Salammmm…
    Selamat berkursus ….Bro

    Reply

  4. kumb@ngNo Gravatar says:

    pegi kluang jangan lupa pekene kopi+roti bun bakar kluang station….baaaaekkk punyaaaa…sdap hingga menjilat jari.. :D

    Reply

  5. Uncle GNo Gravatar says:

    masa pakcik kerja kerajaan dulu.. hampir tiap kali kursus pakcik kena p intan kluang nie… siap lepak kat station keretapi kluang tuh

    Reply

  6. ZoolNo Gravatar says:

    Adoi takde line intenet. Wireles hampeh. Wargh.

    Reply

  7. zoolNo Gravatar says:

    Shila –> ye banyak tu.. minggu depan siaplah dengan pengucapan awam.
    syia –> kerajaan memang ada kursus induksi .. ooo TM pun ada gak ek??
    KPSU(PA) –> thanks..
    kumb@ng–> kat mana bro?? Aku baru sampai Kluang Parade..
    Uncle G –> nak lepas station keretapi buat per??

    Reply

  8. t.a.t.aNo Gravatar says:

    good luck en zool.

    Reply

  9. thinkerichNo Gravatar says:

    Zool,

    Semoga berjaya dalam induksi umum dan lulus dengan jayanya …supaya cepat ‘confirm’!

    Tetapi kenapa Zool nak pilih pencen? Tak pilih KWSP…? Setahu saya matlamat zool nak opsyen bersara awal pada usia 40 tahun bukan…?

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    Reply

  10. kumb@ngNo Gravatar says:

    bro…kat stesyen keretapi kluang la… tanya orang kluang mesti tau punya… :)

    Reply

  11. titanNo Gravatar says:

    zool. hang ni keje apa sebenarnya??

    Reply

  12. zoolNo Gravatar says:

    t.a.t.a –> tak yah berencik lah…
    thinkerich –> he he he.. sebab pencen ada banyak kelebihan bila lepas pencen… opsyen mungkin lepas gaji cecah dinding…
    kumb@ng –> susah nak keluar bro.. ada je program kat sini..
    titan –> aku keje kat Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.. Pen Peg Teknologi Maklumat

    Reply

  13. nadiaNo Gravatar says:

    haii bro…
    boley bagi tips x contoh tajuk yg nak kena berucap time kusus induksi nanti…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak berani jamin sebab terpulang pada tempat masing2..
    ada yang berkaitan keje. ada pasal isu semasa..

    Reply

Leave a Reply