Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nampaknya hari ini blog ini mengalami sedikit masalah. Nampaknya masalah yang berlaku pada blog dikmal terkena pada blog ligakampung. Komen oleh rakan-rakan pembaca tetiba hilang dalam masa beberapa minit. Saya masih tak pasti apa masalahnya kerana telah menyemak di spam karma tapi tiada komen-komen tersebut.
Agak menghairankan… Mungkinkah blog ini telah diceroboh atau terdapat ‘bug’ pada wordpress yang baru diupdate.. Entahlah harap-harap masalah ini tidak berlaku lagi kerana ia mungkin menyebabkan kawan-kawan di sana tak sudi meninggalkan komen lagi.. Harap janganlah begitu ye…

Sebelum memulakan topik ini saya nak review satu isu dalam suratkhabar di mana Menteri Besar Selangor melakukan kejutan dengan menghadiahkan penyapu kepada Jabatan yang gagal mencapai matlamatnya.. Dan lebih menarik ianya disensasikan di suratkhabar. Rasanya pasti akan ada negeri lain yang mengikut idea baru dari Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Risau juga mana tau nanti Ketua Menteri Melaka buat camni alamat terpaksalah masing-masing bersedia agar tidak dimalukan.. Huhuhuhuhu.Berita lanjut di utusan

Okay kita buka topik asal berkenaan dengan kunci. Kunci, sudah semestinya dalam kehidupan seharian kita memerlukan kunci bagi melindungi sesuatu barang bernilai. Tak kiralah samada kunci itu secara fizikal ataupun menggunakan penggera.. Sudah pastinya kunci perlu dijaga dengan rapi agar ianya tidak mudah dicuri seperti tajuk lagu Ramlah Ram ‘ Kau Kunci Cintaku di dalam Hatiku’..
Eh melalut pula budak Zool ni.. Bercerita tentang kunci ni banyak saiz dan jenis kunci yang terdapat. Ada kunci biasa, kunci kombinasi, kunci automatik. Walau apa bentuk sekalipun kunci tanpa kerahsiaan ianya sia-sia. Sebelum terlupa, kata kunci (password) juga merupakan salah satu yang perlu diambil perhatian.. Penggunaan kata kunci yang mudah dikesan oleh individu tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kita kehilangan yang tersayang.. Eh silap, kehilangan maklumat berharga.
Kadang-kadang kita terlupa dengan kata kunci kerana selalu menukarnya ataupun kata kunci kita tiada disimpan dimana-mana. Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda menjaga kunci anda dengan sebaiknya atau bersepah merata-rata?
p/s : - Nampaknya satu kunci akan diterima dalam minggu ini.. Sambil-sambil tu dalam usaha untuk mencari kunci-kunci lain yang masih belum dicapai. Kunci apa ye??? Tunggu dan selalulah melawat blog ligakampung.









November 14th, 2007 at 3:35 pm
ada setengah orang tu berdisiplin labelkan kunci.
tapi aku tak
[Reply]
November 15th, 2007 at 3:20 am
erk..kekadang labelkan kunci ni bahaya gak…kot ada orang jumpa…dengan senang jer tahu kunci tu untuk pintu yang mana kan…
Sorry semalam tak sempat emel kat zool…nampaknya problm dah setel tu…
[Reply]
November 15th, 2007 at 6:55 am
sebol –> masing-masing punya caranya sendiri…. Aku pun penah gak terjatuh kunci keta.. Nasib baik dijumpai…
adilla —> nak labelkan boleh tapi dipastikan bahawa label itu hanya dipahami oleh tuan punya sahaja… macam dah setel tapi nak gak emel .. takut apa2 berlaku nanti susah.. penat wooo berbulan-bulan punya hasil karya hilang…
[Reply]
November 18th, 2007 at 3:28 pm
zool, dah dpt kunci rumah baru ya. Tahniah dr Ktom. Tp ada yg kurangnya dik…..apa? Shhhh……..TST
[Reply]