Kuih Udang Alor Gajah yang famous

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan ianya menjadi terlupa.. Tapi agak malanglah sebagai rakyat Melaka kalau tak cerita pasal Kuih Udang Alor Gajah ni rasanya tak sah je jadi penduduk Melaka..

Kepada sesiapa yang ke Alor Gajah, anda sepatutnya singgah ke Medan Selera Menggong untuk merasai sendiri pengalaman makan kuih udang Alor Gajah yang terkenal tu.. Kalau anda tengok lokasinya mungkin tiada yang menarik.. Tetapi bila menikmatinya pasti terasa nak lagi.. Hidangan kuih udang tersebut juga dicampur dengan tauhu, tempe, ayam goreng yang digaulkan dengan sos buatan sendiri.. Tu yang mantop tu…

Saya sering juga datang ke gerai Kuih Udang Alor Gajah ni kalau singgah ke Alor Gajah.. Tapi kalau anda nak makan elakkan dari datang petang-petang sebab berkerumum orang beratur menunggu giliran..

Korang boleh tengok lokasi nya di sini

——————————————–
Update entri 18.11.2010

Kepopularitian kuih udang alor gajah ni membawa nama Alor Gajah sehingga ke negeri jiran, Negeri Sembilan. Sosnya memang unik ditambah dengan ramuan kuih udang dan campuran tempe, tauhu dan pelbagai bahan lagi.

Hari ni, adik bawa balik kuih udang Alor Gajah, layankan gambar-gambar terkini..

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

mukaburuk
Muka buruk makan kuih udang. Huhuhuhuhu.
Amacam? Berselera tak?? Jom lah belanja di Zool makan kuih udang Alor Gajah ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2095
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

15 Responses to “Kuih Udang Alor Gajah yang famous”

  1. hadyNo Gravatar says:

    Dulu masa bujang aku selalu gak gi sana makan kuih udang…. kat gerai lama. bila dah pindah kedai baru ada dalam 3 kali kot aku singgah kat sana.

    Reply

  2. samdaddycoolNo Gravatar says:

    .. wah, nanti aku gi Alor gajah, aku akn kerjakan kuih ini … macam seronot je rasanya..

    Reply

  3. loqNo Gravatar says:

    kat bustand tu kan?
    kalau kat situ memang faymous lah..
    kedai paling hujung tu..
    pergh..
    siap ade tempe..
    makan plak ngan ABC kan…
    ssslllrrrpppp

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Dekat Pasar.. Bus Stand belakang sikit.. Ala memang famous satu Melaka.. Ada cawangan kat Tampin n Duyung…
    Jom le belanja..

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    aku ada dengar jugak pasal cucur udang famous alor gajah neh
    especially masa aku singgah ke afamosa resort. tapi x sempat la nak merasa. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Ko cuti balik Jasin beritau le aku.. Boleh aku bawak ko jalan2 ke kedai makan famous kat Melaka ni..
    ALa kalau Kuala Sepetang pun boleh sampai.. takkan Alor Gajah tak boleh kot?? Siap boleh ke Air Panas Gadek lagi..

    Reply

    KNizamNo Gravatar Reply:

    alahai. pedas2 ni. haha :)

    Reply

  5. D'CarboNo Gravatar says:

    Kat KL ni xde ke francais die?tringin gak nak rase..huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Setahu saya belum ada cawangan kat KL lagi..

    Reply

  6. CallisterNo Gravatar says:

    ish…rasa mcm teringin je nk makan..
    tapi mcm jauh lak nk g melaka..

    Reply

  7. pakdiNo Gravatar says:

    terliur…

    bila nak singgah ni… gulp.

    Reply

  8. D'CarboNo Gravatar says:

    Ala… xde ker cawanagn kat KL.. suh bini je la masak.. hehe

    Reply

  9. anuar baharudinNo Gravatar says:

    TERIMA KASIH KEPADA EN. ZOOL KERANA MEMPROMOSIKAN KUIH UDANG ALOR GAJAH.. DARIPADA KELUARGA TUAN HAJI BAHARUDIN PENGASAS KUIH UDANG ALOR GAJAH

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Tadahal punya,… Lagipun memang best pun makan kuih udang tu.. Lepas ni boleh le bagi diskaun ek.. He heheh

    Reply

  10. jackNo Gravatar says:

    kalo namanya kuih udang..dimana udangnya..sekor pon tak nampak..udang menyorok disebalik batu ke?..patutnya bila dah ramai pelanggan lagilah kualiti tu kene jaga..jgn nak cut kos sana sini..nti pelanggan lari..

    Reply

Leave a Reply