Kucing teman serumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Mungkin ramai dah kenyang kot makan ketupat dan rendang.. Sambil makan tu jangan lupa ngan si Zool ni.. Kalau ada duit raya lebih tu bolehlah hulur-hulur.. Almaklumlah si Zool ni masih layak untuk menerima duit raya.. He he he he…

Cukuplah mukadimah yang tak berapa menarik tu..Lama tak berkongsi artikel akhbar di sini .. Satu artikel Harian Metro bertarikh 5 Oktober menarik perhatian keluarga saya dengan tajuk, 24 kucing teman serumah Hayati.. Apa yang menarik ?? Teruslah baca..

Sebenarnya tatkala membaca artikel tersebut, memang sedikit teruja.. Ye lah bela kucing pun sampai masuk suratkhabar tu..Berbanding dengan pemilik 24 kucing tersebut kami hanya memiliki 17 ekor sahaja.. Tapi kira banyak lah tu.. Sampai sedara mara yang datang kat umah pun terkejut lah gak.. Apa taknya dari luar sampai ke dalam ada je kucing..( Si Afham ko perasan tak??)

Bila membaca artikel tersebut memang berbeza penjagaan kami.. Berbanding beliau yang memelihara kucing tersebut dengan teliti manakala kucing-kucing kami agak ‘independence’.. Walaubagaimanapun kadang-kadang teruji gak kesabaran bila suka-suka je mereka-mereka menyelongkar dapur.. Kesian mak saya…

Bersama-sama ini saya tepekkan sedikit gambar-gambar kucing tersebut.. Anda cuba tengok dan pikir-pikirkan.. Kalau nak sekor pun boleh je…

Belok
Kucing bernama ‘belok’ yang sedang membersihkan diri.

Tatak n Jingle
Kucing ‘jingle’ dan ‘tatak’ sedang berbincang sesuatu..

kuasai
Ceh rupanya mereka ingin menguasai tempat tidurku..

kucingku
Ini pula Jenjen yang merupakan kilang kucing dan pencuri makanan yang selalu kena marah.. Tapi degil tu..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2345
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Kucing teman serumah”

  1. tunepalNo Gravatar says:

    banyaknye bela kucing…

    Reply

  2. AdilaNo Gravatar says:

    hikhik susah la bela kucing~
    suka berak rata2

    Reply

  3. mahsyar90No Gravatar says:

    wahaha..
    beraya ngan kucing jela diorang nih..

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    banyak gak ko nyer kucing kat rumah ek. hehe :)

    Reply

  5. shaxxNo Gravatar says:

    dulu aku pernah ada 12 kucing. now ada 0! pening gak jaga kucing ramai2 nih…

    Reply

  6. bd fabregasNo Gravatar says:

    tu gambo jenjen seblom beranak..

    Reply

  7. eSempoi.comNo Gravatar says:

    gambar ramai-ramai takde ke?

    Reply

  8. KujieNo Gravatar says:

    Baru semlm kakak ipar dtg bertandang raya bercerita ttg kucing jiran dia – 40 ekor mcm tu…tuan balik kampung raya, dia biar kucing mcm tu…susah tau jiran lain.

    Tak boleh buka pintu langsung…kena serbu 10 ekor sekali nak masuk.

    Reply

  9. callisterNo Gravatar says:

    wow!!byknye kucing..
    aku pun suke kucing gak!!
    mcm mak aku..
    best o kucing ni kan..

    kucing kat umah aku 2 selalu mak aku bg mandi..
    so aku selalu la comolot dgn dia..

    Reply

  10. cat owner08No Gravatar says:

    hai…banyaknyer kucing zool…saya ade 4 ekor memule..tapi 2 dah mati..sebab minum susu yang beli kat pet shop…kene 1 minggu bagi minum mati..so di istilahkan mati mengejut…tak tau pe citer…tapi takde la sintom2 nak mati..hmm..ntah la..skang ni tinggal 2..1 kucing biasa..1 lagi ragdoll…kaler putih…tapi yang tak syok…skang diaorg ade sakit baru..tapi’poo’ dia cair dan ade darah…dah bagi makan ubat…mule2 batuk..dah ok…skang sakit lain lak…pening saya..
    skang saya lak yang sakit tengok diaorang..hmmm….ade sape2 tak yang tau ubat pe nak bagi lagi…dah buntu la…

    Reply

  11. nyamnyeNo Gravatar says:

    meowww.. dulu ms duk flat kat subang jaya ada (2 bilik)satu biliknya diorang.. sumenye ada nak dekat 30 ekor.. termasuk cucu dan cicit..
    tapi sekarang dah tinggal kenangan.. sekarang duk menumpang kasih kat kucing-kucing kat bawah rumah je.. diorang da kenal bunyi kete so parking lot aku jadi tempat pot diorang klu lapar.. realy FUN!
    aku igt nak cari penempatan sementara diorang coz nak sunat kan diorang sume coz sedih bila mengenangkan nasib diorang kemudian hari.. tak sanggup melihat cucu-cucu yang terbiar nanti…huk huk huk…

    Reply

    johanNo Gravatar Reply:

    baiknya anda dan saya saya respect org macam anda teruskan jadi orang berhati mulia cam tu kucing tu kena kasikan supaya jgn membiak tempat yang reasonable harganya ialah di klinik SPCA di Setapak jantan RM50 betina RM60 je saya setakat ni dah berpuluh ekor gak saya volunteer ksa kasikan kcg kcg tak bertuan di tempat tinggal saya di USJ

    Reply

  12. hudaNo Gravatar says:

    salam……aku pun ada bela kucing….macam-macm perangai ada….sabo je la…tp yang tak bes nye…kat tempat aku ni tak ada klinik kucing..ada pun kerajaan punye…tapi layanan memeng hampeh la…penah sekali 2…kucing aku sakit mata…dah tak ada jalan lain terpaksa bawak kat klinik kerajaan tu….sampai menangis la mak aku aku tengok dieorang layan kucing aku yang tengah sakit tu nak tak nak je….since ari tu mak aku tak jejak dah kaki kat situ….

    Reply

  13. SueNo Gravatar says:

    Sue paling suka dengan kucing. Tapi duk rumah flat
    susah nak bela banyak2. Sekarang baru ada 2 ekor
    aje. Nak tambah lagi 1 aje. Teringin nak dapatkan
    baka kucing Persian tapi belum kesampaian sebab
    belum mampu nak beli dengan harga yang mahal.
    So, kitorang tunggu aje la bila ada orang nak
    jual dengan harga yang murah.

    Reply

Leave a Reply