Kucing mati di pusat jagaan

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak terkejut bila membaca berita mengenai ’16 kucing mati ‘ di sebuah pusat jagaan Damansara Damai, Petaling Jaya. Menurut laporan, pusat penjagaan tersebut yang menjadi tempat pemilik kucing meninggalkan sementara binatang tidak menjalankan tugas dengan baik dan sambil lewa. Malahan terdapat banyak kucing yang mati di pusat penjagaan tersebut. Ini merupakan satu penipuan terhadap pemilik haiwan terbabit yang mengharapkan kucing mereka berada dalam keadaan selesa sepanjang peninggalan mereka bercuti di kampung sempena cuti Aidilfitri.

Tengok gambar ni pun dah nampak camne teruknya servis mereka ..
Sumber :- HMetro

Sebenarnya isu ini sedikit sebanyak akan memberikan reputasi buruk kepada industri pusat jagaan haiwan. Ini bukanlah kes pertama berkenaan pusat jagaan. Malahan ada pelanggan yang pernah kehilangan kucing kesayangan di pusat jagaan dan tidak mendapat perlindungan sewajarnya. Sedangkan kucing saya kat rumah, 10 jam tak makan pun dah mengaruk sana sini. Inikan pula lebih seminggu.. Memang tak hairan kalau ada yang mati..
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pengusaha pusat penjagaan haiwan supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam berniaga.

Sekian..

p/s :- Ada sesiapa yang tau nama pusat penjagaan kucing ni? Kongsilah bersama..
Sambil tu, kalau sesiapa peminat kucing singgahlah ke blog kucing saya di http://catzinmyhouse.blogspot.com/. Tengoklah keletah kucing-kucing kat rumah ni..

———————————————————————-
Info terkini… Kedai tu bernama ‘Petknode’ . Ni ada gambar beberapa ekor kucing yang kebuluran kat fb..

Pengunjung Entri Ini :2925

12 comments:

  1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
    Kalau takut tak dapat nak jalankan tugas, tak perlu ditabur janji manis kepada orang ramai. Apa punya orang daa.

    Reply

    zool Reply:

    memang tak de tanggungjawab pusat jagaan tu..

    Reply

  2. aku yakin petknode tu susah dah nak naik lepas ni. kena ban seumur hidup dahh..

    Reply

    zool Reply:

    memang pasti kena ban..

    Reply

  3. teruk betul… zalimmm punya manusia. tak reti nak jaga baik takyah buat biz nursery kucing… kasi panggang itu orang sampai lebamm.

    Reply

    zool Reply:

    tu le pasal.. sampai jadi isu besar.. tu nasib baik tak kecoh..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

73,064 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge