LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kuartet 4x100m bakal berguru di AS

Kuartet 4×100 meter Negara berkemungkinan akan dapat belajar di Amerika Syarikat selepas Majlis Sukan Negara(MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat cadangan agar mereka berlatih di sana bermula awal tahun depan.

Tiga pelari muda yang menyinar di SUKMA iaitu Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Jonathan Nyepa merupakan nama-nama yang bakal dipilih dalam cadangan itu. 2 badan induk itu telah mengenalpasti Universiti Minnesota sebagai destinasi yang sesuai untuk para atlet itu sebelum kejohanan SUkan SEA 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih Kebangsaan, Zainal Abas memberitahu pemberita “Terdapat dua kemungkinan iaitu skim latihan di Kelab Trek Santa Monica atau berlatih sambil belajar di Universiti Minnesota”.  Beliau juga menegaskan perancangan ketika ini masih di peringkat awal dan MSN serta KOM perlu berbincang dengan wakil mereka di sana berhubung syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Zainal juga mendedahkan bahawa pihak MSN akan mendapatkan maklumat di AS pada bulan depan bagi membincangkan hasrat tersebut.

Ligakampung.com amat bersetuju dengan kaedah berlatih di luar Negara ini Cuma para atlet yang dihantar perlu lebih cekal kerana cabaran di sana pasti lebih hebat. Sudah pasti bukan sekadar fasiliti yang lengkap, malahan kaedah latihan sudah pasti lebih berganda keras berbanding sekarang. Selain itu, berlatih di negara yang banyak melahirkan atlet pecut di peringkat dunia itu patut menjadi pemangkin untuk mereka lebih maju lagi. Mungkin selepas ini, banyak kejayaan yang boleh diraih oleh mereka dan bukan hanya sekadar JAGUH KAMPUNG sahaja. Buktikan bahawa slogan ‘MALAYSIA BOLEH’ mampu direalisasikan di peringkat antarabangsa.

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)