LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kuala Lumpur, Terengganu layak ke Liga Super 2018

Pasukan Kuala Lumpur dan Terengganu layak ke Liga Super 2018 selepas tamat perlawanan ke 21 sebentar tadi. Kedua-dua pasukan yang menumpaskan lawan masing-masing mengumpul 47 mata dalam liga yang berbaki satu perlawanan sahaja.
Ia sekaligus menidakkan harapan pasukan Negeri Sembilan dan PKNP untuk mengejar kedua-dua pasukan yang sah ke Liga Super 2018. Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, pasukan Kuala Lumpur berjaya menumpaskan Sabah dengan keputusan 2-0 manakala pasukan Terengganu mudah menumpaskan pasukan PDRM di gelanggang lawan dengan keputusan 3-0.


Pasukan ATM dan MISC MIFA yang sekadar memungut 11 mata pula akan diturunkan ke Liga FAM pada musim hadapan.

Tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur dan Terengganu yang mencapai misi asalnya. Dan pasti pasukan Kuala Lumpur dirindui kerana sudah sekian lama tidak beraksi dalam Liga tertinggi di Malaysia ini. Semoga mereka mampu memberikan cabaran dalam liga ini seperti era kegemilangan di tahun 80-an dahulu.

Pasukan manakah yang akan bergelar juara Liga Premier 2017. Kita kena saksikan perlawanan akhir Jumaat ini..

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Kuala Lumpur, Terengganu layak ke Liga Super 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)