Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kuala Lumpur juara kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2017

Kuala Lumpur kembali menjuarai kejohanan sepak takraw Piala Emas Khir Johari 2017 menundukkan Terengganu di final selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2014.

Saingan set pertama oleh regu pertama kedua-dua pasukan bersaing sengit sebelum dimenangi Kuala Lumpur 23-21. Tersentak, trio Terengganu yang diterajui apit kanan skuad kebangsaan, Hanafiah Dollah bangkit untuk menang 21-15.

Bagaimanapun, memasuki set ketiga Kuala Lumpur lebih ampuh untuk menang 22-20.

Dalam saingan regu kedua, Terengganu nyata bukan saingan Kuala Lumpur apabila tewas mudah 21-18, 21-9 sekaligus memberikan kemenangan bersih buat pasukan ibu kota itu.

Kuala Lumpur bawa pulang wang hadiah RM20, 000 selaku pemenang manakala Terengganu menerima RM15,000.

Aksi mantap Kuala Lumpur dalam kejohanan tersebut turut memperlihatkan  anugerah Tekong Terbaik menjadi milik tekong Ahmad Aizat Nor Azmi dan Apit Kiri Terbaik jadi milik Amirul Zazwan Amir sementara Hanafiah bawa pulang anugerah Killer Terbaik.

Ketiga-tiga pemain tersebut membawa pulang wang hadiah RM2,000.

Kekalahan ini membantutkan harapan Terengganu untuk menebus kekecewaan pada final 2014 juga tunduk kepada Kuala Lumpur.

Pasukan Penyu menggunakan lapan pemain Sukma yang mendapat pingat emas di edisi Sarawak tahun lalu dan ia menjadi pengalaman terbaik buat pemain muda dalam sasaran menjuarai piala Emas khir johari pada musim yang akan datang selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2012.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya menewaskan Kelantan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat yang berlangsung di sebelah petang. – Stadium Astro

Tahniah kepada pasukan yang berjaya terutama pasukan Kuala Lumpur yang nampaknya kembali menyegat dalam arena takraw Malaysia. Semoga akan menambah barisan pelapis untuk pasukan Kebangsaan.

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)