Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya saya masih tercari-cari idea untuk merangsangkan minda ini. Nak menulis sesuatu yang menarik dan mampu menambat hati pembaca.. Tapi masih buntu, jadi saya teruskan dengan cerita-cerita di alam sekeliling ini.
Sebagai seorang kakitangan di jabatan kerajaan, mesyuarat merupakan sesuatu perkara yang agak sinonim.. Kadangkala ianya amat meletihkan.. Nasib baik saya hanya Penolong Pegawai, kurang sedikit untuk bermesyuarat ni.. Walaubagaimanapun selalu juga menghadiri mesyuarat dan berbagai karenah yang diperhatikan.
Untuk artikel kali ini saya ingin memfokuskan mengenai ciri-ciri yang ada pada seorang pengerusi mesyuarat.. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.. Mungkin betul dan mungkin juga tak betul..
Berikut merupakan beberapa kriteria yang perlu ada pada pengerusi mesyuarat :-
1. Pengerusi mesti mempunyai perwatakan yang tegas.Sentiasa mengambil keputusan dengan cepat setelah meneliti pandangan ahli mesyuarat. Tidak takut ditekan oleh ahli mesyuarat.
2. Mesti orang yang berpengaruh.. Kalau anda seorang yang kurang pengaruhnya, mungkin anda akan dipermainkan oleh ahli mesyuarat..
3. Mempunyai suara yang jelas.. Saya selalu menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh individu yang kurang kejelasan suaranya.. Sukar untuk setiausaha mesyuarat mencatat minit manakala ahli mesyuarat sukar memahami kehendak pengerusi.
4. Memahami tajuk mesyuarat dan agendanya.. Pengerusi perlu tahu tajuk mesyuarat.. Jangan mesyuarat pasal ‘ Penjagaan Cacing’ tapi cerita pasal ‘ Penjagaan Itik’. Lari konsep.. Malahan ahli-ahli yang dilantik pun tercengang tentang isu yang lain dibawa oleh pengerusi.
Apa pula pendapat anda?? Adakah anda mempunyai tambahan kriteria bagi seorang pengerusi mesyuarat?
Okaylah rasanya cukup setakat ini..
RSS Feed
Twitter



February 24th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


aku kalau jadi pengerusi akan tetapkan mesyuarat 1/2 jam adjer
fine intro. terus issue. buang semua politik2 haha
kalau dah sampai 1 jam tuh bukan mesyuarat dah tuh. hehe
Reply
zool
Reply:
February 24th, 2009 at 23:39
Aku tak penah jadi pengerusi.. Lebih2 pun jadi Setiausaha je..
Macam2 jenis pengerusi ada.. yang baik, lembut, tegas… macam2 ada
Reply
zino selalu jadi pengerusi.. biasa nya no play play.. meeting direct to the point.. tengok meeting nya pasal apa.. ada kala agak sederhana ada kalanya agak tegas.. kalau yg datang tak boleh buat keputusan zino suruh dia balik je hehe.. ok tak macam tu hehe..
Reply
zool
Reply:
February 24th, 2009 at 23:40
Wah hebat tul..
biasa kalau meeting yang datang wakil…
tak boleh buat keputusan kan.
Zino ni mesti pangkat tinggi ni..
Reply
KNizam
Reply:
February 25th, 2009 at 20:24
aku pun benci dengan orang yang datang meeting tapi tak boleh buat keputusan. aku suruh dia call boss dia masa tuh jugak. haha
Reply
zool
Reply:
February 25th, 2009 at 20:50
Wah mesti pangkat besor gak ko ni Knizam..
Dah cam SUK pulak..
Reply
Bro,aku baru jer jadi Chairman meeting.Besok pun ada meeting lagik.Kena jadik Chairman lagi.Aku kalau chair meeting pagi,mesti ada nasi lemak.Hehehehe.
Reply
zool
Reply:
February 25th, 2009 at 18:03
Biasalah orang berpangkat mesti selalu menjadi pengerusi..
tapi janganlah chair meeting nasik lemak.. nanti menambahkan kapasiti lemak dalam badan dan meningkatkan kuantiti kolestrol tu..
Buat le soto ke, mee kari… meeting BPTM JKMM selalu makan tu..
huhuhuhu..
Reply