Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kriteria Pengerusi Mesyuarat Yang Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebagai seorang kakitangan di jabatan kerajaan, mesyuarat merupakan sesuatu perkara yang agak sinonim terutamanya bagi para pegawai… Bila menghadiri mesyuarat pasti yang akan diperhatikan adalah pengerusi mesyuarat. Pengerusi mesyuarat yang mempunyai kredibiliti pasti ahli-ahli memandang tinggi namun sebaliknya akan berlaku jika pengerusi mesyuarat itu tidak dihormati oleh ahli mesyuarat. Saya bukanlah pakar sebagai pengerusi mesyuarat dan tidak pernah

meeting

Untuk artikel kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan pengamatan mengenai seorang pengerusi mesyuarat.Berikut merupakan beberapa kriteria yang perlu ada pada pengerusi mesyuarat :-

1. Pengerusi mesti mempunyai perwatakan yang tegas.Sentiasa mengambil keputusan dengan cepat setelah meneliti pandangan ahli mesyuarat. Tidak takut ditekan oleh ahli mesyuarat setelah membuat sesuatu keputusan.

2. Pengerusi Mesti orang yang berpengaruh.. Kalau pengerusi seorang yang kurang pengaruhnya, mungkin ahli mesyuarat tidak akan hormat pada apa yang dikatakan olehnya.

3. Mempunyai suara yang jelas.. Saya selalu menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh individu yang kurang kejelasan suaranya.. Sukar untuk setiausaha mesyuarat mencatat minit manakala ahli mesyuarat sukar memahami kehendak pengerusi. Ia pasti akan menyukarkan pelaksanaan yang ingin dilakukan oleh ahli mesyuarat apabila pemahaman mereka berlainan dengan kehendak pengerusi

4. Memahami tajuk mesyuarat dan agendanya.. Pengerusi perlu tahu tajuk mesyuarat.. Jangan mesyuarat pasal ‘ Penjagaan Cacing’ tapi cerita pasal ‘ Penjagaan Itik’. Lari konsep.. Malahan ahli-ahli yang dilantik pun tercengang tentang isu yang lain dibawa oleh pengerusi. Dan jangan lari dari tajuk mesyuarat. Kalau satu dua isu mungkin tak mengapa tapi kalau sampai tersasar jauh pasti ia bukan mesyuarat yang baik

5. Pengerusi mestilah berada dalam keadaan kemas. Kalau badan berbau pasti ahli mesyuarat akan merasa tidak selesa. Pasti mesyuarat tersebut tidak akan mendapat maklumbalas dengan baik

6. Pengerusi perlulah menepati masa. Memang banyak berlaku pengerusi datang lambat pada sesuatu mesyuarat. Kalau setakat beberapa minit mungkin boleh diterima tapi kalau berjam-jam lamanya pasti kualiti mesyuarat akan turun memandangkan ‘mood’ ahli dalam bermesyuarat telah penat menunggu.

7. Pengerusi mesyuarat perlu mengetahui protokol mesyuarat. Seeloknya pengerusi mesyuarat perlu berbincang dengan urusetia sebelum mesyuarat berlangsung bagi mengetahui serba sedikit tentang perjalanan mesyuarat.

| PANDUAN MENGENDALIKAN MESYUARAT |

Apa pula pendapat anda?? Adakah anda mempunyai tambahan kriteria bagi seorang pengerusi mesyuarat?
Okaylah rasanya cukup setakat ini..

p/s :- Artikel 24 Februari 2009 yang dikitar semula dan ditambahbaik. Semoga masih relevan dan boleh memberi sedikit panduan kepada kita semua.

Please follow and like us:
error0

9 thoughts on “Kriteria Pengerusi Mesyuarat Yang Baik

  1. Saya selalu masuk miting program anjuran Persatuan di Mesir ni.

    Malangnya masih ada Pengarah a.k.a Pengerusi Mesyuarat yang masih ‘slow’ dalam mengendalikan miting.

    Bahkan slow dalam komunikasi.

    Sedih, nak buat macam mana?

    Bak kata orang Perak,

    Sabor jelah .. 😉

      1. ce bagi orang muda bercakp mosti lantang suaronya nghee…tpi sllu kalau degar meting lama2 ni mata sy cept jer kuyu semacam ngheee..

        pst..eh bro pasal terbitan novel tu per ctr?

        1. Belum siap lagi. baru sikit je.. nak buat ke? boleh je.. sebab saya nak buat cerpen je. boleh campur2kan cerita.

  2. sy pernah hadir mesyuarat masa tu mesyuatat pasal iso pejabat. masa tu gak pratikal. saya gak jenuh nak tulis minit dah depa cakp bi saya pula tulis minit bm haa..

    baik le senoir kt sana mmbantu bt minit mujur siap klu senior tak der mau gak kelam kelibut bahasa bi saya tu tulis dlm minit huuu..

  3. kualiti seorang pemimpin itu mesti ada, tips yang bagus ni. baru tahu. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)