LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Krisis Kecederaan Pemain Harimau Malaya untuk Kelayakan Piala Dunia

Jurulatih bolasepak negara, Dollah Salleh mengalami dilema apabila 2 pemain utama yang dipilih bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 mengalami kecederaan.
Penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha dan pertahanan Perak, Mohd Idris Ahmad akan disisihkan dari skuad Harimau Malaya pada perlawanan tersebut menyebabkan Dollah terpaksa mencari pemain ganti secepat mungkin.

Latihan skuad kebangsaan telah diadakan tanpa dihadiri oleh kedua-dua pemain tersebut. Dalam kenyataan di akhbar Utusan beliau menyatakan kebimbangan terutama bagi posisi penyerang tengah dimana sukar untuk mencari pengganti yang sesuai.
Walaupun keputusan sebelum ini agak buruk, namun beliau tetap optimis bahawa skuad yang ada mampu bersaing dengan lawan.

-Sumber : Fourth Official

Secara peribadi saya merasakan pengganti masih boleh dicari dengan menggunakan pemain yang ada bukan hanya di Liga Super tetapi juga di Liga Perdana. Sekiranya ada pemain yang baik dari skuad Liga FAM pun boleh juga digunakan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Dari segi serangan mungkin penyerang Perak, Bobby Gonzales boleh dimasukkan sebagai pengganti. Mungkin Bobby tidak mempunyai skill drible yang baik tetapi beliau mempunyai penyudah yang baik. Dalam perlawanan terakhir kebelakangan ini beliau mampu menjaringkan gol walaupun pasukan yang diwakili berada dalam keadaan terumbang ambing.

bobby-gonzales
Mungkin juga Dollah mengubah strategi pasukan agar lebih sesuai untuk perlawanan menentang pasukan yang berfizikal nanti. Tampak agak sukar untuk pasukan Harimau Malaya mara ke peringkat seterusnya namun diharap ada sentuhan magis dari Dollah untuk kelayakan ini.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Krisis Kecederaan Pemain Harimau Malaya untuk Kelayakan Piala Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)