Kontroversi
Written by zool on October 29, 2007 – 12:47 am -Assalamualaikum semua.. Berjumpa semula di blog ligakampung , blog dari saya ZOol yang menceritakan sebarang perkara yang terlintas di hati… Pertamanya nak ucapkan tahniah kepada ktom yang berjaya akhirnya mengupdate blog beliau dengan post terbaru iaitu belajar masa bekerja.. Semoga beliau tidak patah hati lagi dalam meneruskan idea-idea beliau yang cukup berguna… Dan tahniah juga untuk huda…. Semoga selamat hendaknya….
Okaylah saya mulakan topik kita…Kontroversi, sudah semestinya semua dari kita memahami makna perkataan tersebut..
Ianya mampu menaikkan dan mampu menjatuhkan seseorang. Malahan ada individu yang sengaja mencipta kontroversi semata-mata untuk mendapat perhatian..
Dalam kehidupan kita seharian berita-berita sensasi lebih menarik perhatian kita berbanding berita-berita biasa.. Malahan sesuatu kontroversi itu mampu meningkatkan rating media massa dan seterusnya memberikan peluang syarikat berkaitan menambah pendapatan melalui iklan..
Malahan melalui blog juga mula dikenali ramai oleh masyarakat kita ekoran dari kontroversi politik yang dilakukan oleh pihak berkaitan..
Melalui pembacaan di blog-blog blogger pro, mereka sering mencipta kontroversi untuk mendapat perhatian pembaca dan seterusnya menambahkan peluang…
Walaubagaimanapun tidak semuanya itu indah… Kadangkala kontroversi itu mampu membunuh kerjaya seseorang…. Perkara negatif yang dikaitkan dengan individu/organisasi tersebut pastinya memberi impak yang besar dan sedikit sebanyak akan menganggu kredibiliti seseorang… Dan seterusnya menyebabkan orang lain tidak mempercayai kepada individu tersebut….Apa pula kata anda tentang kontroversi?? Adakah anda menggemari berita-berita kontroversi ??? Atau anda ada cara untuk mencipta kontroversi??? Bincang2kan lah disini.
Posted in Blog, EMosi, kehidupan |
2 Comments to “Kontroversi”












October 29th, 2007 at 1:37 pm
betul tu..tapi hati2 bila buat kontroversi.salah haribulan boleh kena saman plak,huhu..
saya pun tgh beljar bgaimana nk wat kontrovesi yang baik..hehe
November 8th, 2007 at 1:41 pm
Cerita kontroversi, atau apa2 yg berbau kontroversi tu kadangnya ada baik dan ada buruknya. Tapi awas…jika nak buat konrtoversi tu pastikan anda seorang yang hebat menanggung risiko….