post

Kontroversi : Rachel Lau disingkir dari jawatan Presiden MGF

Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Rachel Lau telah meminta penjelasan berhubung usul hilang kepercayaan sekaligus menyingkirkan dari jawatannya.
Tujuh dari 11 ahli gabungan persekutuan telah menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap beliau untuk mengemudi MGF dengan baik.

Katanya, tidak ada peruntukan ‘usul hilang kepercayaan’ dalam perlembagaan MGF.

Tujuh ahli gabungan berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka dan Terengganu.

“Saya mungkin tidak mampu menggembirakan hati mereka yang mempunyai agenda tersembunyi. Saya adalah presiden kedua selepas (Datuk Jaya Al Bakri), yang menerima usul tidak percaya daripada ahli gabungan dalam tempoh dua tahun.

“Adakah ini semata-mata persoalan kompetensi presiden atau ada motif atau agenda tersembunyi lain? Saya tidak akan menghentikan usaha saya untuk mempromosikan urus tadbir dan akauntabiliti yang lebih baik mengenai urusan dan transaksi kewangan masa lalu dan sekarang melibatkan MGF,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari lepas, Bernama melaporkan tujuh ahli gabungan yang menyatakan usul hilang kepercayaan terhadap Rachel telah menyerahkan surat ditandatangani perwakilan negeri kepada Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril, bagi menggesa diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) secepat mungkin.

Rachel dilantik sebagai presiden MGF penggal 2019-2021 pada Februari tahun lepas apabila menang tanpa bertanding selepas Jaya tidak mempertahankan jawatannya.

Sementara itu, Rachel mendakwa barisan exco lama dan baharu mendapati berlaku penyelewengan dan salah laku perakaunan pada 2014 hingga 2016 yang telah dilaporkan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Pesuruhjaya Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami memanggil juruaudit luar dan meminta siasatan dibuat mengenai perkara itu. Kebetulan pula ketika penyelewengan ini disiasat, usul undi tidak percaya pula timbul.

“Saya berharap pemecatan saya tidak ada kaitan dengan usaha untuk memperkukuhkan pentadbiran dan tanggungjawab dalam urusan kewangan MGF,” katanya.

— BERNAMA

Ligakampung.com berharap isu ini dapat diselesaikan segera supaya tidak menganggu perjalanan atlet Gimnastik Malaysia.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.