LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kontroversi Faizal Saari selesai

Penyerang sensasi hoki negara, Faizal Saari yang terlibat dengan kontroversi akibat tidak hadir ke latihan telah mendapat jawapannya. Penyerang hoki negara yang cukup berkaliber ini diberitakan akan melapor diri bersama pasukan hoki kebangsaan bermula Rabu depan.


Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Johari Abdul Aziz yang mengadakan pertemuan dengan penyerang tersebut.

Ipoh

Menurutnya, Faizal telah menyatakan persetujuan untuk mengikut peraturan ketika bersama skuad kebangsaan, namun memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Johari tidak mahu mendedahkan masalah tersebut kepada media namun akan mengenakan sedikit sesi kaunseling dengan pemain tersebut.
Isu ini hangat diperkatakan apabila Faizal tidak hadir menyertai latihan skuad kebangssan selepas tamat kempen Liga Hoki Dunia di Singapura Januari lalu.

Utusan

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ABu Bakar akan menggunakan pendekatan ‘orang tengah’ dengan meminta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail bertemu pemain itu bagi menyelesaikan kemelut terbabit.Faizal yang sebelum ini memulakan karier antarabangsa bersama skuad senior negara ketika berusia 18 tahun pada Cabaran Juara-Juara II di Dublin, Ireland (2009).
HMetro

Secara peribadi, saya memang mengkagumi skill dan kelincahan Faizal Saari samada ketika mewakili Malaysia atau kelab. Namun seringkali juga terdengar kontroversi pada pemain ini. Sebelum ini beliau pernah mengugut untuk bersara dari bermain hoki di peringkat kebangsaan akibat tidak berpuas hati dengan pihak tertentu. Perkara ini perlu diperhalusi dan cari jalan penyelesaiannya. Sayang sekali kalau bakat sehebat beliau diabaikan. Tapi jika beliau sudah tidak hati untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, maka tidak perlu dipaksa.
Ini tidak adil bagi pemain lain yang mungkin tidak sehebat beliau tapi mempunyai komitmen yang tinggi. Selaku pemain bertaraf bintang dan mencapai tahap senior, Faizal Saari juga perlu memberikan kenyataan secara terbuka bagi mengetahui permasalahan sebenar. Ini kerana apa yang peminat nampak adalah beliau seorang pemain yang tidak berdisplin dan bermasalah. Apapun, diharap perkara ini dapat diselesaikan agar pasukan hoki negara menjadi semakin hebat di mata peminat sukan ini.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Kontroversi Faizal Saari selesai

  1. Bila berlaku hal mcm ni yang tak sedap dengar, Apa-apa pun ini mungkin tempias dari kemelut dalam MHF yang belum berapa selesai itu. Mungkin bila EGM telah dibuat dan Presiden baru telah dilantik, masaalah2 sebegini akan dapat diselesaikan dengan lebih baik lagi, insya-allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)